19.7.09

Kalah Tipis d Dua MU (19 Julai 09)



Baru2 ni kita (maksud aku BN) kalah tipis kat Manik Urai (MU). Mejoriti 60 lbh jer, knplah undi 117 yg lain tu rosak kan? If not, the result would be so . . . xperlah, itupun dah cukup beri gambaran yg rakyat skrg mahukan perubahan dan Pas xkan selamanya terus releven di Kelantan, just wait the arriving of the new wave at the next general election. Tp apapon, aku tetap sokong dgn cadangan Presiden Pas Abdul Hadi utk buat Kerajaan Perpaduan dgn Umno@BN, sama Melayu, sama Islam, kdg2 kita pelik apalah yg nak digaduhkan sgt antara dua Parti Melayu yg besar dlm Malaysia ni..

Oklah cukup dgn Manik Urai. Dah BN kalah tipis di sana, kita kalah tipis lak d tgn Mancester United (MU) semalam. Actually 2 perkara ni sgt membanggakan Negara.
Bila kenang balik sejarah pertemuan Man U dgn Malaysia, kita mmgla x pernah menang, tp atlease bgla fight sket kan, sekurang2nya buat Sir Alex sakit jantung sekejap. Even masa Mokhtar Dahari main utk Malaysia lwn MU tahun 1981 dulu, kita kalah 3-1, which is good la kan, jaringan bolos x byk, n kita bg lak 1 gol kat gawang lawan, jgnla mcm tahun 2001, kalah 6-0.

Bagi pasukan kecik mcm kita, kita xkan takut menyambut lawan 100 kali lg lbh besar daripada kita sbb klu kita kalah, apa ada hal kan, pasukan besar tu yg sepatutnya takut dgn pasukan yg kecik mcm kita sbb klu diorg yang klh…. Malunya pon 100 kali lg hebat drpd biasa.

Aku nmpk camni, sejak Piala Merdeka yg kita menang tu, pasukan Bola Sepak kita mcm dah ada angin baru yg menjurus kearah yg positif, n yup, mmg ada turun naiknya slps menang Piala Merdeka tu tp player baru dgn yg lama ni seakan serasi bersama, sekali dpt rentak, Man U pon blh goyang. N aku nmpk bg Man U lak, tonggak utama dia Ronaldo dah xder, then Owen lak xlah sehebat prestasi dia di zaman kegemilangan dia dulu. Tambah lak bila player kuar masuk ni, rentak dlm pasukan blm dpt lg so bg aku, keputusan 3-2 tu xla berada di luar pemikiran logik akal..

Cuma aku berharap org tak beranggapan yang result 3-2 tu hnylah nasib dan kebetulan semata2. Mungkin dlm jelajah kali ni, Man U mmg saja pilih Malaysia sbg team 1st sbb kita yg paling lemah di antara Negara yg diorg lawati. So sblm smpi ke nagara terhandal spt Korea n China, Malaysia d jdkan pasukan pemanas badan mereka. Tp apabila terlalu memandang rendah terhadap Malaysia, itulah yg hamper membuatkan mereka meneruskan sesi jelajah mereka dgn permulaan yg sgt memalukan. Menang tipis ke atas Malaysia ni pon sudah cukup mengaibkan mereka. Kalaulah bkn kerana jaringan last minit Owen, kita seri dgn Man U, Kelab Gergasi Bola Sepak Dunia. Klu menang lak ke atas Man U camner..? klulah boleh diulangi perlawanan tersebut, kan bagus, aku yakin mesti ramai player kita time tu nak repeat balik perlawanan tu sbb rasa yakin yg mereka sbnrnya boleh buat yg lebih baik dari tu.. Eh, apa aku ckp ni, memang adalah 2nd match tu..

Man U nak repeat dgn kita. X d sangkal yg rematch ni d sbbkan tour diorg d Jakarta cancel sbb kes bom tu, tmpt diorg suppost to stay lak tu, mau x nya diorg x cuak nak tinggal kat sana. Furthermore diorg nak cover balik kos krn membatalkan perlawanan di Jakarta dgn mengutip tiket ke2 di KL. Well, bisnes is bisnes right? Tp sedikit sebanyak rasa x puas hati menang tipis ke atas Malaysia tu mesti ada kan, ya x Sir Alex..?

Bila bicara pasal repeat ni, ada baik ada buruknya. Citer yg baiknya dulu k. Dgn adanya 2nd match ni, team Malaysia ada peluang sekali lg utk buktikan yang result 1st tu bknlah satu tuah atau nasib shj n selepas punyai pengalaman berdepan Man U sehari sblm 2nd match esok, team Malaysia sepatutnya dah belajar rentak Man U bermain n rasa gugup berdepan dgn kelab ternama dunia sudah dpt dihakis serba sedikit. Tp yg buruknya, begitu juga dgn Man U. Mereka juga dah belajar rentak Malaysia bermain n melihat kembali di mana silap mereka. Klu 2nd match ni team Malaysia kalah teruk, tu akan d gunakan oleh Sir Alex bg menutup sangkaan yang team Malaysia mmg ada kualiti tinggi dalam bola sepak n mendakwa yg team Man U hny berlembut dgn Malaysia on the 1st match. N klu btl ni berlaku, aku lbh suka tiada 2nd match n biarlah mereka meneruskan perlawanan di korea dgn keputusan yg agak memalukan ketika berada di Malaysia..

Rakyat Malaysia tetep berharap dan berdoa, klu x menang ke atas Man U, atlease sama tarafnya dgn 1st Match. Doa ini termasuklah daripada Rakyat Malaysia yang menyarungkan Jersi Man U ketika menonton perlawanan tersebut. Malaysian will still be Malaysian. . .

Tunggu blog aku selepas perlawanan sok...

Pilih jalan selamat, to bukit Jalil with tren

Re-MatCh

2 ulasan:

GPMS Cawangan Wangsa Maju berkata...

Salam Buat Seri Hani,

Jutaan Terima Kasih ikhlas dari kami di GPMS Cawangan Wangsa Maju atas khidmat anda selama berkecimpung dalam badan ini.

Semoga GPMS akan terus mara ke depan bersama barisan kepimpinan kosisten seperti anda..

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim serta barisan exco mengucapkan Salam Kasih khas buat anda..

Sekian, Salam Ikhlas dari,

Muhammad Radhi Abd. Razak
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS CAWANGAN WANGSA MAJU.

GPMS Cawangan Wangsa Maju berkata...

Salam Buat EJAN,

Jutaan Terima Kasih ikhlas dari kami di GPMS Cawangan Wangsa Maju atas khidmat anda selama berkecimpung dalam badan ini.

Semoga GPMS akan terus mara ke depan bersama barisan kepimpinan kosisten seperti anda..

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim serta barisan exco mengucapkan Salam Kasih khas buat anda..

Sekian, Salam Ikhlas dari,

Muhammad Radhi Abd. Razak
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS CAWANGAN WANGSA MAJU.

ILHAMEJAN

ILHAMEJAN
Aku Tahu Kau Tahu