Yok! Ayuh kita teruskan ceritera kita di sesi kali ini..
Ok.. apalah yang aku buat skrg ni kan, I mean kerja aku sbg profesyen.. Panjang citernya, mmg xleh nak dipendekkan dah. Tp I try my best lah to make it short k…
Bermula pada hari raya korban tahun lps, (Dec 08), ayah aku terpaksa stay kat hospital selama 2 mlm utk operate sebelah mata dia. Belah mana eh? Ntahla aku pon terlupa. Sebelah mata ayah aku ni ceritanya dah x blh nmpk langsung. Sebelah lg blh nmpk tp bl tiba jer mlm, terus xleh nampak dah. Bahaya tu, dah la dia selalu bwk keta pagi2 buta. Bila siang lak, xblh kena cahaya matahari, so kena lak pki kacamata hitam. (keh keh dah mcm S. Jibeng dah aku tgk ayah aku ni..) Makanya kakak aku pon hantarlah dia g operate kat Hospita Mata Tun Hussein Onn kat PJ tu. Bila bicara psl mata ni kan, korg pon tau kos medical nya, ribu2 beb!! Tapi klu mata tu dah xblh nak buat apa2 terus nnt, harta bertimbun pon dah x guna.. btl x Upin..? (btl.. btl.. btl..)
Untuk payung kos sara hidup family kami yg agak besar ni, selain drpd hasil kutipan rumah sewa tiap2 bln, ayah aku juga run bis kedai runcit kat kawasan rumah. Kecik2jer.. Tp Nabi pun dah kata, 9/10 drpd rezeki dlm dunia ni dtgnya dr berniaga, so mmg btllah, return yg kami dpt dr kdi runcit tu sgt membantu cos of living kami sekeluarga..
Berbalik pada kesah hospital td.
So bl ayah aku dah kena stay kat wad sana, dia mintakla aku tlg g pasar borong kat Selayang sana tu utk beli brg2 kedai. Bis kami bkn mcm 7e tu, kami ader jual brg2 basah mcm ikan n sayur, so sbb tu lah aku kena g pasar borong setiap hari utk dapatkan bekalan yg fresh setiap pagi.. So pasni klu korg (saper2jerla) ada g pasar borong tu antara jam 3:30am-6:30am, tibe2 ternampak ada org mcm Zed Zaidi ataupon Ustaz Akhil Khai g beli ikan kat sana, korg jgnlah terkejut lak k, tu hynlah aku yg sedang memilih ikan di pasar yang basah lg harum tu, just a ‘nobody’ person.. (hahaha… atoi yai, dia punya tahap perasan, level 9 Thumblebug tu…)
So sejak dari hari tu, ayah aku pon dah senang hati tgk aku blh handle kedai tu dgn ofcos pengawasan darinya, so dia pon dgn senang2 hatinya juga mahu aku teruskan jer usaha aku yg murni ke pasar borong itu walaupon dia kini sudah sehat dan sejahtera spt sblmnya.. (ewh.. ewah.. bisikkan kata hatiku). Maka dgn itu, bermulalah episod hidupku sbg. peniaga kedai runcit di Gombak..
Aku teringin gak nak kerja kat opis mcm org lain, (dlm opis ader aircond, selesa tu..), kerja dgn company besar. Tp aku sendiri pon mengaku, aku kurang senang sbnrnya nak kerja bwh org ni. Terikat pulak dgn waktu opis hour, lglah x tenteram hati ku dibuatnya.. Mungkin lah jiwa aku sama mcm ayah aku (ofcozlah kan, dah anak beranak), suka nak bekerja sendiri. Tp psl kedai ni, pada mulanya aku buat hyn kerana nak tlg ayah aku, sbb aku pon masih mencari-cari, apalah yang aku nk buat dlm idop aku ni.. Tp last sekali, Tuhan dah tentukan yang kedai runcit tu adalah utk aku teruskan perjalanannya. Sesungguhnya setiap ketentuan yang telah ditetapkanNya, itulah yg terbaik utk kita wlupon xkena dgn kehendak asal hati..
Eh betul dowh.. dlm dunia ni, benda yg paling ko nak sgt, tulah yg biasanya ko xkan dapat. N benda yg paling ko x berkenan dgn hati, itulah sbnrnya yg paling cocok utk menyokong kehidupan ko dikemudian hari yang masih panjang tu.. (eh aku citer psl pilihan kerja ker psl apa ni..?) hurm.. xkesahla, statement ni, kat mana2 pon blh d implement, dlm setiap sudut kehidupan kita, yang biasanya melibatkan membuat PILIHAN dlm hidup.. Tp korg setuju x dgn statement aku nih..? Terserah…
Berbicara tentang ketetapan Tuhan td, klu nak kira, aku adalah anak lelaki yg sulung dlm family, adalah kewajipan seorg wanita utk patuh pada suaminya, dan adalah kewajipan seorg anak lelaki utk taat pada ibunya.. so.. (get my point?)
Dari situ, dua nawaitu menjadi satu. (1)Sebagai seorg anak yg x mahu tgk mak ayah nya SUSAH SAMPAI KE SUDAH dan (2)niat aku utk mulakan bisnes sendiri, yg telah ditemukan di Kedai Runcit itu…
Any respon..?
Makcik2 kat sana yg selalu beli brg kat kdi kami tu, selalu tny aku. Aku x kerja ker? Dalam hati aku ckp, ‘la, yg aku dok terconggok kat kedai ni bkn kerja ker..?’ Tp yerla kan, mind setting org dulu2, even org skrg pon camtu, org muda spt aku yg muda belia ni, yg atlease dah ada diploma, tambahan pula kacak, tampan, lg bergaya ni, (Wahaha angkat bakul sendiri sehy…!!! Forklift pon blh tumbang) sepatutnya kerja dgn kerajaan atau swasta, especially kerajan. Pernah dgr ungkapan ‘hujan, ribut, gaji jalan’? ha psl tulah org tgk klu dah ada kelayakan, rugi buat kerja mcm kedai ni, aku patut pergi jauh lg.. xperlah.. there’s a reason in everything…
Nanti aku citer detail lg dilemma yg aku hadapi antara ‘Dua Nawaitu’ tu.. Tajuk Post tu nnt, hmm dah tentu2 ‘Dilema Dua Nawaitu…’ obvious sgt..
Nanti aku cerita jugak bagaimana kesah aku sbg peniaga kedai runcit ni boleh bertindih dengan kesah hidupku di UiTM Shah Alam, blm masuk chapter kambing lg nih.. (^o^) huhu..
Tungguuuuuuuuuu…………………………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan