5.6.10

Cadangan Terbuka Buat FAM

Kita sedia maklum bahawa penggunaan pemain-pemain import di setiap pasukan yang bertanding di dalam liga bola sepak Malaysia tidak lagi dibenarkan. Saya yakin bahawa FAM telah memikir dan meneliti secara telus tentang impaknya terhadap pemain, pasukan dan liga itu sendiri apabila ia dilaksanakan. Namun, saya tetap berpendapat bahawa khidmat pemain import ini tetap penting dalam mencorak perkembangan bola sepak negara. Oleh itu, saya ingin mencadangkan satu pendekatan yang boleh diguna pakai oleh FAM sebagai langkah untuk benar-benar menguji tahap skil pemain tempatan dan untuk menaikkan lagi standard liga tempatan seterusnya merancakkan kembali sokongan peminat terhadap liga tempatan.


Saya mencadangkan supaya sebuah pasukan bola sepak dibentuk, yang mana pemain-pemainnya terdiri daripada pemain-pemain import sepenuhnya. Bermula daripada pemain simpanan, penjaga gol sehinggalah kepada kapten, tiada seorangpun dikalangan pemainnya ‘hadir’ daripada pemain tempatan. Pasukan ini kemudiannya diserapkan ke dalam liga tempatan sebagai saingan kepada pasukan tempatan yang bertanding.


Terdapat beberapa sebab dan tujuan mengapa pasukan import ini perlu diwujudkan.


* Peringatan


Sebagai permulaan, saya mencadangkan bentuklah pasukan import tersebut daripada pemain-pemain yang mempunyai skil permainan yang hampir setaraf dengan standard pasukan tempatan ketika ini. Sewajarnya bermula dengan pemain import yang berasal daripada negara-negara serantau seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia. Ini kerana, selain tidak mahu memberi kejutan yang begitu mendadak terhadap perbezaan skil permainan yang begitu ketara, ia juga sebagai usaha untuk mengingatkan kembali kepada pemain kita bagaimana dahulunya negara-negara tersebut merasa gentar apabila mengetahui akan berhadapan dengan pemain-pemain kita. Tetapi kini mereka pula yang telah melangkah semakin jauh meninggalkan kita. Dan molek juga jika diserap masuk beberapa pemain daripada negara seperti Korea dan Jepun. Ini juga untuk mengingatkan kembali kepada pemain-pemain kita bagaimana dahulunya negara tersebut menjadi pasukan belasahan Harimau Malaya tetapi kini mereka pula yang telah beberapa kali terpilih untuk mewakili asia dalam perjuangan membawa pulang Piala Dunia.


Dan pasukan import tersebut kemudiannya perlulah sedikit demi sedikit ‘dinaik taraf’ dengan pemain-pemain import yang memiliki skil yang lebih tinggi bagi menyaingi skil pemain tempatan yang kita harapkan semakin meningkat naik berselang musim, sehinggalah pemain kita sendiri tidak menyedari bahawa kebolehan mereka telah meningkat sejak kali pertama pasukan import ini diperkenalkan.


* Pendedahan kepada perlawanan antarabangsa yang menyeluruh dan berterusan.


Tujuan lain pasukan import ini diwujudkan adalah bagi membiasakan pemain tempatan kita untuk berhadapan dengan pemain negara asing. Tidak boleh dinafikan, walaupun skil yang dimiliki seseorang pemain itu adalah tinggi, tetapi pendedahan yang kurang di pentas antarabangsa menyebabkan pemain tersebut tidak dapat menahan debaran serta mengawal tekanan daripada peminat dengan baik apabila berhadapan dengan mana-mana pasukan negara luar seterusnya menjadi gugup apabila berada di atas padang. Situasi begini biasa berlaku kepada pemain tanpa mengira apa sahaja bidang sukan yang diceburinya. Dan ketika ini, Malaysia memang kurang pendedahan beraksi di peringkat antarabangsa dan saya yakin, pasukan import ini akan dapat membantu memberi pendedahan yang sangat diperlukan itu.


Untuk difikirkan bersama, bayangkan di dalam Liga Super sahaja terdapat 14 buah pasukan yang bertanding dengan sekurang-kurangnya 11 pemain bermain tidak termasuk pemain simpanan, maka sekurang-kurangnya terdapat 154 pemain tempatan yang berpeluang untuk menerima pendedahan yang dahulunya hanya diberikan kepada pemain kebangsaan sahaja. Inilah dikatakan pendedahan yang menyeluruh.


Dan pendedahan itu akan berterusan selagi liga itu masih berlangsung seterusnya mengekalkan momentum sesuatu perlawanan itu tanpa diganggu dengan tempoh yang terlalu lama untuk menanti perlawanan di peringkat antarabangsa yang seterusnya. Inilah dikatakan pendedahan yang berterusan.


Ketika negara lain semakin jauh meninggalkankan kita, kita sudah tiada masa untuk melatih hanya beberapa pemain tempatan sahaja untuk dijadikan tonggak utama pasukan Malaysia, setiap pemain perlu diberikan pendedahan yang sama dan pada kadar yang segera supaya di masa akan datang, Malaysia akan mempunyai pilihan pemain yang lebih ramai dan berkualiti.


* Kesungguhan


Dengan wujudnya pasukan ini, kita mengharapkan akan terdetiklah di dalam hati setiap pasukan tempatan yang bertanding dengan satu ungkapan yang memberontak menyatakan,‘Letaklah seluruh pemain ternama England sekalipun di dalam pasukan import itu, piala kemenangan tetap akan menjadi milik pasukan tempatan!’. Itulah semangat yang kita harapkan ada di setiap hati pemain bola sepak kita dan terus kekal ada sehinggalah pasukan yang diwakilinya itu tidak lagi akan dibayangi dengan pasukan import tersebut.


* Daya tarikan dan kayu pengukur


Pemain-pemain tempatan juga akan merasakan seolah-olah, mereka sedang berjuang di dalam perlawanan di antara Malaysia dengan pasukan negara luar tetapi ia berlangsung di dalam liga tempatan itu sendiri. Tidakkah ini sesuatu yang menarik? Dan ini juga pada saya adalah salah satu cara untuk mempertingkat selain memperlihat di manakah prestasi sebenar pemain tempatan kita selain daripada cara menghantar pemain tempatan kita ini ke luar negara untuk menjalani latihan mahupun mengadakan perlawanan persahabatan. Tidakkah ini pula mampu menjimatkan kos pembangunan bola sepak negara?


* Penuh Makna


Justeru dengan wujudnya pasukan ini, perjalanan pasukan yang bercita-cita untuk merebut tahta liga tersebut akan menjadi lebih sukar dan menjadi juara di dalam liga tersebut akan menjadi lebih bermakna.


Saya cukup yakin, jika ini dapat dilaksanakan, manfaat yang bakal diperoleh daripada segi peningkatan prestasi pasukan dan pemain serta kehadiran peminat ke stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut akan melangkaui kos untuk membentuk pasukan import tersebut. Apa yang peminat bola sepak tempatan mahukan selama ini hanyalah ingin menyaksikan perlawanan bertaraf dunia dan pasukan import tersebut adalah jawapannya.


Dari segi sistem pemarkahan, terserahlah pada kebijaksanaan FAM untuk menentukannya tetapi sekadar cadangan daripada saya, pasukan import tersebut wajarlah diberikan markah seperti mana-mana pasukan tempatan lain yang bertanding, tetapi dengan syarat piala kemenangan tersebut tetap akan dianugerahkan kepada pasukan tempatan yang memungut mata tertinggi sepanjang liga tersebut berlangsung walaupun pasukan import tersebut berjaya berada di tangga teratas liga. Tetapi jika FAM merasakan tindakan ini akan membuatkan pasukan import tersebut tidak mahu untuk bermain bersungguh-sungguh ketika liga tersebut berlangsung dan mendatangkan kesulitan apabila mahu menghantar wakil ke pertandingan juara-juara liga AFC nanti seandainya pasukan import tersebut dianugerahkan kemenangan, maka sekali lagi saya nyatakan, terserahlah kepada FAM untuk menentukannya. Dan namakanlah pasukan import tersebut dengan nama yang boleh mengingatkan pasukan tempatan mengapa ia asalnya diwujudkan.


Dan tiada lain yang lebih penting bagi rakyat Malaysia selain daripada melihat pasukan Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia.


MAJULAH SUKAN BOLA SEPAK UNTUK PIALA DUNIA

30.4.10

Wangsa Walk

Semalam (29/04/10 - Khamis) aku saja nak merasmikan tgv yg baru 1st day beroperasi kat Wangsa Walk, Wangsa Maju tu. Selalu gak aku pk, apabila Wangsa Walk Mall (wwm)tu dah siap d bina, bilalah agaknya TGV tu nak run. Infact, sejak wwm tu mula² nak di bina, satu jer yg menarik perhatian aku, TGV.. So lps ni dah xyah la nak g jauh² nak tgk movie, kat Wangsa Maju pon dah ada, plus pusat karaoke, bowling, dlm satu bangunan, isn’t that great..? So siang tu time lunch hour aku g la sana utk g beli tiket, Lebih bergaya bila memulakan panggung baru dgn movie Iron Man 2. Tapi malangnya jualan tiket start malam jam 8:30, beriya lah aku g sana konon² nak jd org pertama dpt tiket, tp xdpt, try book on9, pon xleh sbb blm ada nama tgv wangsa walk dlm senarai, so apa blh buat, tunggu mlm jerla.
Malam kami smpi dlm 730pm, ada sejam lg sblm jualan tiket mula, pandang kiri kanan TGV tu, ada pulak karaoke dgn bowling, memandangkan hari tu 1st day TGV tu nak run, aku rasa mcm nak selebret pulak bg pihak TGV,so aku g la karaoke utk 1 ½ jam, boleh camtu? Dah serak suara, kuar pintu karaoke, belok kiri, terus beratur beli tiket wayang, wah, enjoy btl hidup kami mlm tu..
So, wyg start kul 945, ada 45minit lg, inilah masa terbaik utk mengisi perut, odw kuar, ramai jer org especially org muda menuju ke TGV, kawasan yg sblm ni koeong, tiba2 jer penuh dgn manusia, mungkin selama ni mmg TGV tulah yg org sekeliling tuggu selama ni, klu x, xder sapalah yg nak g wwm tu.
Kuar dr wwm, dpn dia ada kedai mamak NZ, sblh CIMB bank, satu2nya kdi mamak yg xguna kaler rasmi kdi2 mamak dlm malaysia sbg kaler restoren mereka iaitu apa lg klu bkn ijo, dengan kaler coklet sbg tema, seakan2 mahu memenuhi selera moden org skrg, kira percubaan yg baikla tu kan, tp mamak tetap mamak, ayam goreng dia dgn sayur kobis mmg feveret aku..
Masa 1st masuk dlm TGV tu, semuanya baru, mmg bau kedai lah semua equipment TGV sana, rasa exited lak mcm x pernah masuk panggung sblm ni. Nak d jadikan cerita, masa tgk IM2 tu, lg 5min nak abis, boleh ader teknikal problem lak, gambar x kuar, so staf sana adala ambik inisyiatif utk rewind blk citer tu, tp ader lak sorg viewer ni suruh ulang movie tu dr awl, sbg mahu menjaga pelanggan, TGV xkn nak kata x boleh kan, then terus dlm kepala otak aku pk ‘otak kau nak tgk dr awal, ko xnk blk umah ker, sok x kerja kot?’ 1st time gak aku rasa mcm terperangkap dlm wyg, patutnya sukalahkan dpt stay dlm wyg lama2, ramai mintak ulang 5min terakhir tu jer, tp filem tu xleh roll utk 5min jer, paling kurg pon 30 min, so oklah, yg penting nak tgk ending dia camner..

Tp wangsa walk tu dah jd port bru yg happening kat sana, ada lak 2, 3 artis melepak kat sana mlm tu. blh tahan gak daya tarikan tmpt tu, Selama ni aku jln kat area sana time siang, xpernah mlm, so bila dah rasa, mmg somtin la tmpt tu...

KOMPOM aku nak beli umah kat sana...

20.3.10

Kalaulah Sesuatu Perkara Tu Hasil Drpd Usaha Kita Sendiri, Kejayaan Sebesar Zarahpun Kita Akan Rasa Bangga kan?


Lamanya aku x menulis blog, bz bangatla skrg, nak letak masa 1jam utk menulis blog pon x kedapatan.

Assalamualaikum semua...

Kali ni aku nak berkongsi pasal kerjaanku. Sehingga ke hari ini, aku mengandaikan yang korang dah tau apa pekerjaanku untuk kehidupan. Aku punyai sebuah perniagaan kedai runcit dan terlibat dalam pengusahaan ternakan kambing. So setiap pagi, awal² pagi, ketika org lain masih lagi lena tdo, aku dah kuar peluh d pasar borong yg sejuk itu utk mencari bekalan jualan.

Ok, aku lebih fokus dengan perniagaan runcit sebab ternakan kambing tu, ayah, kakak n adek aku dah ada menolong. So setiap masa aku berfikir, macam mana aku nak buat dgn kedai aku ni supaya lebih formal, teratur supaya hasilnya bertambah baik.

Bila bercakap pasal formal, satu jer yg terlintas kat kepala aku ni, buatkan satu opis dalam kedai tu spy kedai tu blh beroperasi secara teratur. Bukanlah bila opis tu dah ada, aku nak duduk jer dlm opis tu, sblm ni pon aku pernah bg tau kan, aku bukan jenis yg senang dok opis, ketar kpl lutut ni nak terperap dlm opis tu jer berjam² (tp terperap sbb mengadap facebook x ketar lak lutut nih.. hmm... ) So niat sbnr kewujudan opis tu adalah yg paling penting, spy semua dokumen, bil belian/jualan, penyata bank, bil² yg lain berada pada tempat yg sepatutnya, bkn mcm sblm ni, asal ada jer ruang² kosong kat mana² sudut dlm kedai tu, kat situlah terselitnya semua bil²/dokumen² tu. Dan lg, opis tu utk urusan perniagaan kambing tu juga, so aku decide, kewujudan opis adalah yg terbaik dlm usaha utk men-formalkan pernigaan runcit ku ini.

Selain dlm usaha utk mem-formalkan perniagaan, aku pon sbnrnya nak gak rasa ada opis, yerlakan, kengkawan lain semuanya kerja dlm opis, dlm aircond, bangunan tinggi bertingkat², so aku buatlah satu opis utk aku, lgpon KEDAI/BANGUNAN/PERNIAGAAN tu MILIK aku, so suka hati akulah nak buat camner kan, n reka bentuk opis tu pon aku sendiri yg buat, x susahkan org, I am the bos of my own.. Kecuali klu bos yg lg besar drpd aku iaitu Y. Bhg Ayah aku kata x boleh, so makanya dgn itu, x bolehla, tp setakat ni, Y. Bhg. Ayah xpernah nak larang, malah dia bg support lg dgn cara aku nak uruskan perniagaan, so oklah tu kan, bkn sng nak dptkan kepercayaan org utk setuju dgn cara kita.

Nak pendek cerita, awal bulan Mac ni, aku serius bz dgn menyiapkan pejabat jer, xder benda lain dah dlm kpl otak aku ni selain memikirkan camner nak buat utk opis ni, xder benda lain dah, sungguh!! (weyh, wyg pon dlm tempoh pembikinan opis ni, aku x jejak langsung tau, klu x, seminggu sekali mesti g tgk wyg, citer tamil pon jadi klu dah xder citer sgt..) Dan percaya atau x, semua benda aku buat sendiri, yerla budak sengkek mcm aku ni, manalah ada modal utk upah org, lgpon aku tau aku blh buat sendiri kerja² simple tu, so knp nak upah org kan. So drpd kerja mengecat, simen, psg lampu, psg kipas, cari tempat nak pasang cermin tingkap, karpet, apa²jerlah, semua aku buat sendiri.

Masuk minggu ketiga pembikinan, maka siaplah pejabat yg aku blh kata pejabat aku sendiri n yg blh aku banggakan..

Tau x? Pejabat ni sgt SIGNIFICANT dalam hidup aku. Tau knp? Mmg masuk jer detik tahun baru 2010 ni, aku dah dpt rasa, byk benda yg akn berubah, rasa mcm tahun ni lah akan menyediakan peluang yg byk utk aku ambik sebanyak²nya utk merubah hidop aku, tinggal lagi aku nak bertindak atau x jer utk rebut semua peluang yg dah ada dpn mata tu. Nak d jadikan cerita, aku xsangka segala perbuhan tu bemula pada bulan n tarikh aku lahir, Mac23, aku akan memasuki/memulakan usia yg baru dlm keadaan yang bersedia dan teratur.

Mesti korg kata, "alah, pejabat kecik jer pon.." bukan kira saiz opis tu, btl mmg ada kwn² aku sendiri yg bukak business sendiri n ada bangunan n pejabat sendiri, 10x lg besar perniagaan diorg drpd aku, tp nilai d sebalik kewujudan opis tu yg penting sbnrnya, symbolizing what r goin to happen for the rest of my life, bak kata aku, sblm berlari, kenalah belajar berjalan dlu kan..? (ha dah mcm Selam Sing Wariya dah aku nih..)

Semalam (Jumaat, 19Mac), blh kata opis tu dah terasmi dgn sendirinya, sbb ayah, kakak n aku duduk dlm opis tu berdiskusi pasal ternakan kambing kami tu. Tak sangka mesyuarat pertama dlm pejabat baru tu take place btl² sehari slps opis tu siap n dah berperabot, n mmg aku x sangka berfungsi gak rupanya opis yg aku sendiri bina tu utk kelancaran urusan perniagaan kami.


Bermulanya Episod Pembuatan Pejabatku..


Bahagian Dalam


Mula Mengecat Sebelah Dinding


Mula Cat Sebelah Lagi, Cuba meng-Kombinasi-kan Warna


Perasan Tak Perbezaan? Fram Tingkap n Kipas Dinding Dah Pasang


Plaster Frame Tingkap


Siap Cat Dinding Selepas Tingkap Siap d Simen, Siap Pasang Karpet

10.2.10

Di Manakah Kedudukan Kita Sebenarnya?

Pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa ada di antara cara hidup daripada dunia barat yang kita ambil menjadi sebahagian daripada amalan hidup kita itu sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam? Samada kita terlepas pandang atau memang kita sengaja memejamkan sebelah mata dengan perkara-perkara yang selama ini kita tahu bertentangan dengan ajaran Islam, kita tetap mengamalkannya kerana ia seolah-olah menjadi penanda aras kepada ketamadunan sesuatu bangsa itu. Lebih malang lagi apabila ada juga di antara kita yang tidak mengetahui langsung perbuatan yang salah itu adalah salah kerana ia sudah menjadi resam kepada cara kehidupan kita selama ini. Walaupun ia mungkin dilihat kecil dan remeh, namun itulah sebenarnya yang membezakan antara Muslim yang benar-benar mengenali agama anutanya dengan Muslim yang hanya mewarisi agama daripada ibu bapanya.

Salah satu contoh yang melambangkan kesopanan yang tinggi pada pandangan masyarakat barat boleh dilihat melalui tata tertib penggunaan pisau dan garfu ketika menjamah hidangan. Mengikut ‘table menace’ ciptaan mereka, pisau hendaklah dipegang menggunakan tangan kanan dan menyuap makanan yang telah dipotong itu dengan tangan kiri yang memegang garfu tersebut. Di sini tidakkah kita sedar bahawa Islam melarang umatnya daripada makan dan minum menggunakan tangan kiri? Dan jika benarpun kita jahil tentang hukum Islam yang melarang umatnya menggunakan tangan kiri ketika makan, sekurang-kurangnya tidakkah kita merasa janggal apabila makan menggunakan tangan kiri kerana itu bukan fitrah atau tabi’i asal makhluk yang diangkat kemuliaan ciptaannya? Saya juga pernah ditegur kerana memegang garfu dengan tangan kanan kerana tidak mengikut etika yang betul dan tak mahu saya diketawakan kerana seolah-olah saya masih berfikiran kolot. Sanggup kita ketepikan ajaran Rasul kita sendiri hanya kerana mahu menurut cara hidup masyarakat yang tidak mengakui akan kebenaran ajaran Islam, demi dilihat sebagai bangsa yang bertamadun?

Saya sungguh tersentuh dengan kejayaan kita menganjurkan sukan Komanwel sedekad yang lalu kerana temasya sukan tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa yang berlandaskan kesucian Agama Islam. Ketika itu, seluruh dunia menyaksikan doa umat Islam mengiringi temasya sukan yang disertai oleh pelbagai negara, pelbagai bangsa dan pelbagai agama. Tetapi kesucian itu sedikit tercemar apabila doa itu tidak disusuli dengan perbuatan sebagai Muslim. Sering menjadi tanda tanya di dalam kotak fikiran, adakah jika atlit kita memakai seluar panjang ketika bersukan, maka ia akan mendatangkan sesuatu yang akan mengganggu pergerakan mereka ketika bersukan? Tetapi bagaimana pula dengan atlit yang bukan beragama Islam?


Kita perlu yakin bahawa Islam bukanlah soal kerohanian semata-mata, tetapi cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T yang mana telah dijanjikan, akan memperoleh pelbagai manfaat kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya. Oleh itu juga, tiada sebarang sebab mengapa penganut agama lain tidak boleh untuk turut mengamalkannya. Sebagai contoh, penggunaan perbankan Islam yang kini meluas diterima oleh masyarakat bukan Islam. Ia tetap memberi manfaat kepada pemegang akaun yang berlandaskan syariah itu tanpa mengganggu gugat pegangan mereka terhadap kepercayaan mereka. Maksudnya juga di sini ialah, tiada sebab mengapa kita perlu mengorbankan beberapa hukum Islam atas nama perpaduan dan toleransi antara kaum, dan tiada sebab mengapa hukum Islam tidak boleh diaplikasikan di Negara yang berbilang bangsa dan agama. Ingatlah, adat resam mungkin boleh ditinggalkan tapi hukum agama bukanlah sesuatu yang boleh diubah-ubah.

Saya juga ingin mencadangkan, seperti mana kerajaan melalui Majlis Agama Islam melarang rakyatnya yang beragama Islam daripada berjudi dan bermain nombor ramalan, perbankan konvensional juga perlu diharamkan ke atas pelanggan yang beragama Islam. Sekurang-kurangnya masyarakat akan mula berfikir dan akan mula sedar bahawa yang haram tetap haram dan menjadi kewajipan untuk kita mencari keberkatan daripada setiap rezeki dan amalan yang kita usahakan, bukan sekadar melibatkan urusan perbankan sahaja tetapi kepada semua aspek kehidupan.

Ingin juga saya menyentuh tentang persepsi negatif masyarakat kita sendiri terhadap wanita yang bertudung. Mengapakah apabila seseorang wanita itu bertudung, maka wanita tersebut akan dilabel sebagai ‘kampung’ dan tidak terbuka mindanya? Tetapi tidakkah kita tahu, setiap sesuatu itu ada batasannya, begitu juga dengan sifat keterbukaan. Budaya barat yang beginilah yang telah sekian lama membentuk ‘mind setting’ dalam minda masyarakat yang jelas terbukti memberi implikasi yang merosakkan. Selalu juga kita terdengar suara-suara yang menyatakan bahawa wanita yang bertudung tidak semestinya baik. Ya, memang benar kerana tudung itu hanyalah sehelai kain yang menutupi aurat wanita tersebut tetapi sekurang-kurangnya jika bertudung, anda telah mengurangkan satu dosa yang anda sedar akan kewujudannya. Janganlah dihimpunkan lagi dengan dosa-dosa yang sering kita lakukan tanpa kita sedari kerana sebagai manusia biasa, kita takkan terlepas daripada melakukan dosa. Apapun, bertudung atau tidak, berserban atau hanya memakai topi Manchester United FC, siapalah kita untuk menilai seseorang itu melainkan ia adalah hak mutlak Allah S.W.T sahaja untuk menilaikannya.

Contoh-contoh tersebut hanyalah sebilangan kecil daripada apa yang kita perlu perbetulkan mulai sekarang. Telah sekian lama kita cuba untuk memisahkan antara urusan agama dan urusan duniawi sedangkan Islam itu sendiri adalah ad-Din yang membawa maksud cara hidup. Bagaimanalah kita boleh hidup tanpa memiliki satu landasan yang benar daripada sebaik-baik agama Allah itu sendiri.

Islam telah menegaskan, jika kita menyedari sesuatu yang tidak sesuai dengan kebenaran berlaku di dalam pengetahuan kita, maka perbetulkan dan ubahlah perkara tersebut dengan segala kuasa yang kita ada, tetapi jika kita tiada kuasa untuk bertindak dan hanya mampu untuk bersuara, maka bersuaralah, tetapi jika kuasa dan suarapun kita tiada miliki, maka cukuplah sekadar terdetik di dalam hati kita dengan mengakui bahawa perbuatan itu adalah salah dan kita membenci akan perbuatan tersebut, kerana sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman. Jesteru itu sama-samalah kita berdoa agar jangan tiba satu hari nanti di mana sudahlah kita tak mahu bertindak untuk meperbetulkan perkara yang mungkar, malah tidak pula merasakan perbuatan yang salah itu adalah salah seraya berkata, ‘alah biasalah tu, apa salahnya?’ Sungguh malanglah umat Islam ketika itu kerana musuh sudahpun memenangi ‘the silent war’ yang telah sekian lama mereka lancarkan terhadap pemikiran umat Islam seluruh dunia.

Tidak terdetik sedikitpun niat untuk mengguris hati mana-mana pihak, cuma kita tidak mahu di dalam diri kita ini, tersemat sifat-sifat Yahudi yang antaranya akan menyembunyikan sesuatu yang telah nyata benar bagi mereka. Yang benar tetap benar dan kita wajib memperakuinya. Dan saya akui saya juga termasuk dalam golongan yang alpa dan sering terleka, maka saya menyeru dan menasihati diri sendiri jua agar, janganlah diangkat cara dan gaya hidup yang kononnya boleh mengangkat keperibadian kita sebagai bangsa yang maju, moden dan bertamadun sedangkan pada hakikatnya ia sedikit demi sedikit telah menjauhkan diri kita daripada menjadi Muslim yang sebenar.

Akhir sekali, yakinlah bahawa kita takkan mati kebuluran jika tak makan babi, kita takkan mati kehausan jika tak minum arak, dan takkan papa menderita jika tak berjudi dan mengamalkan riba.

Islam Landasan Hidup Acuan Muslim (ILHAM)

ILHAMEJAN

ILHAMEJAN
Aku Tahu Kau Tahu