25.9.09

Kerana Kesetiaanmu, Segalanya ke Serahkan...

Kenapalah kau setia kepada ku?
Sejak Kau ku miliki,
Setiap pelusuk dunia ku pergi,
Kau ada bersamaku,
Setiap Lecak Kau Tempuhi,
Setiap Badai kau harungi,
Tak pernah sedikitpun kau memperlihatkan rungutanmu kepadaku..

Dan kerana itu,
Aku sanggup berhabis demi melihat kau utuh berjuang bersamaku..




Tapi sampai RM800 kau tekan aku, dahla bru lps raya, atoiyai.. kering aku d sebabkan ko...




Kelisa.. Kelisa..

Sebulan selepas kau diperkenalkan Perodua, aku dah pandu kau di jalanraya di Gombak tu. Aku masa tu di akhir umo 18, 6bln sebelum aku join Kolej Islam Antarabangsa. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, satu semenanjung dah aku bwk kau berjalan bersama,

Dah masuk 8tahun ni, Perodua pun dah x keluarkan ko, so blh kira bertapa limitednya ko di Malaysia ni. ko pon dah abis aku byr dgn bank, insurans pon dah mula murah, aku harap kau tetap setia bersamaku untuk 50ahun lg biarpun ketika itu BMW 3series sudahpun ku miliki. Setiap jasamu xkan ku lupakan, segala kemajuan dalam hidupku kerana kau ada bersamaku...





25/09/09
182030 (Mileage)

Rear Engine Monting
Clutch Cable
Clutch Cover, Disc, Bearing Set
Gear Oil
Flywheel Oil




Sepanjang 8tahun ko mula berjalan, Hampir semua barang dalam kau dah masuk barang baru, tingal body ko jer yg calar balar, ada rezeki nanti, aku touchup body ko eh, kasi kaler baru, uat masa ni, body aku sendiri x ter-touchup, simpan duit nak kawen, atoiyai (utk kali ke2)....

21.9.09

1 raya

Sejarah sepanjang 26 tahun aku menyambut aidilfitri, ini adalah yang pertama, kami sekeluarga beraya bukan di rumah atau di kampung, tapi beraya di Rawang, tmpt kami mengusahakan ternakan kambing.

Dua Minggu Sebelumnya
Menguruskan ladang tu di bantu oleh seorg pekerja, selain daripada adik lelaki aku yang memang stay kat sana n ayah aku berulang dr rumah ke sana utk pantau keadaan.
Selain ternakan kambing, ayam kampungpun ada gak bela, tp x ramaila, dlm 200 ekor jer. Yang lain tanaman serai, n buah2an especially rambutan. Sekali rambutan tu masak, masaklah ko nak mengabihkannya, sket ari lg leh la dtg ke kebun kami, fiesta rambutan all u can eat, free of charge.. (appointment kena buat dolu k)
Dua minggu lepas puasa, pekerja aku ni wat hal lak, xmo kejer, xkesahla apa reason pon dia bg, tp pasni klu dia dtg nak kejer balik, cium tapak kaki aku pon aku xkan bg lg, aku ni susah sgt nak anti org, tp klu sekali dah anti, even dpn org tu pon aku leh buat selamber tp dlm hati, Tuhan jer tau.. Pekerja tu, time org perlulah dia xder, time puasa perit sungguh nak buat kerja, nak angkat rumput bg mkn kambing, ayam nak d kerjakan, kebun nak d kemas, so setelah ketiadaan pekerja ni, terpaksalah ayah n mak aku stay sana sekali dgn adik aku utk uruskan kebun tu. Aku mcm biasalah, kedai kena jln gak, tiap2 pagi kena g pasar, siang aku dah ngantok, so aku g kebun bila perlu.

Kekaguman level tertinggi
Sejak dah xder pekerja ni, ayah aku pon stay kat kebun. Kambing ni i teLL u, serius byk kejer, makan dia cukuplah sensetif, kena jaga btl2, bl mlm, bakarkan kayu n tempurong kelapa bwh kandang supaya kambing tu x sejuk. Baru2ni, aku jd doktor haiwan jap. Bg semua kambing2 tu minum vitamin n suntik antibiotik n tindik telinga dgn nombor. X sia2 aku g kursus MARA tahun lepas. Xyah ramai2, aku dgn adik aku berdua jer leh buat kerja tu, tp berjam gak la nak abiskan 60ekor kambing tu.
So bila ayah aku dah stay sana, mak aku pon ikut sama, bukan apa, makan minum ayah aku sapa nak jaga klu bukan mak aku sendiri kan. Kat sini aku serius kagum dgn mak aku. Kesetiaan mak aku kat suami mmg xder sapa blh tanding. Ayah aku masuk sungai, dia masuk sungai, ayah aku cari buloh nak wat lemang raya dia pon ikut cari, ayah aku stay dlm hutan yg xder paper tu pon dia ikut. Dari hidup kami susah, sampailah (Alhamdulillah) senang dr dolu, xpernah jemu berkhidmat utk ayah aku. Kalaulah aku boleh dapat isteri yg ikut jer hala tuju aku, x kesah prospek kerja aku camner, then bkn takat x kesah, terlibat sama gak dgn memajukan kerjaan aku, kan best.. tp yerlah, aku ni dah la xkacak, harta pon xder.. hmm.. ader jodoh, aderlah kan, yg penting dia phm, aku hidup utk kesenangan ayah aku, bkn nak menyusahkan hidup ayah aku lg, until when when..

Jauh sedikit d belakang
Aku nak selit sket al-kesah family aku. Ayah aku, datang dr family yg besar, adik beradik ada 16, dia yg 2nd slps kakak. Ayah aku sekolah x tinggi, rasanya smpi standard 5 jer. So utk sara idop, mcm2lah kerja yg dia buat. Masa muda, pernah jd driver bas, driver lori pon pernah. Kerja buruh buat rumah, kerja kampong lglah x terkira byknya. Pernah berniaga kat pasar malam. Klu tgk keadaan kami skrg, org mungkin x caya dulu kami sgt susah. Aku sendiri pon x caya hidup kami blh berubah mcm skrg. Bknlah sng sgt tp alhamdulillah, cukup berbeza dr dulu.
Dalam menyara hidup kami, ayah aku boleh kumpul harta yg org ada degree pon xmampu nk buat. Dia Bina sendiri 8 buah rumah, 7 disewakan, 1 kami stay skrg. Ada 2 kedai, 1 disewakan, 1 lg kedai yg aku uruskan skrg. Skrg, ada pulak biss ternakan kambing. Tp disebabkan ini yg pertama buat secara kommersial, mmg struggle sgt. Tu yg smpi kena stay sana, raya pon xleh tinggal kebun tu. Pengorbanan d hari raya. Sapa kata sng nak jd sng?
Dlm bz cari rezeki, kami adik beradik Alhamdulillah, suma smpi ke universiti, Cuma aku la sangkut sket, belajar kat Kolej jer (Kolej Islam Antarabangsa). Ramai yg x tau, aku pernah sambung degree kat UiTM sbg fulltime student tp 1sem jer, disebabkan kerja aku skrg, aku konvert jd Parttime student (ePJJ) still at UiTM S.Alam.

Current time
Berbalik pada topik asal, tulah sbbnya kami suma beraya kat kebun. Xpernah dibuat org. Kedai tutup sementara raya ni, so akupon xperlulah g pasar for atleast 2ari, sejak dah g pasar ni, x terfikir langsung dlm idop aku yg aku x pyh g pasar pagi2, pagi raya pon aku leh terjaga dgn sendirinya kul 4am sbb dah terbiasa time tu aku terjaga nak g pasar..
Sementara kedai tutup, aku citer kat ayah aku, dia n mak baliklah umah, biar aku ngan adek aku jer yg jg kebun. Sbg anak, aku xkan sanggup nk tgk mak ayah aku beraya dlm utan tu, tp ayah aku xnak. Sbg anak, aku xsanggop tgk ayah aku susah, tp dia sbg ayah, dia xnak anak dia susah sbb dia. Aku dah janji dgn Allah dan diri sendiri, even aku susah seumur hidup akupon, klu ia dsebabkan ayah aku, aku xkan kesah, aku xkan merungut, biar aku susah kerana ayah, bkn ayah susah kerana aku..

14.9.09

FuLL MooN

JANUARI (1) MUHARRAM
FEBRUARI (2) SAFAR
MAC (3) RABIUL AWWAL
APRIL (4) RABIUL AKHIR
MEI (5) JAMADIL AWWAL
JUN (6) JAMADIL AKHIR
JULAI (7) REJAB
OGOS (8) SYAABAN
SEPTEMBER (9) RAMADHAN
OKTOBER (10)SYAWAL
NOVEMBER (11)BULAN ZULKAEDAH
DISEMBER (12)BULAN ZULHIJJAH

BULAN MUHARRAM
Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya



BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.


REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,
Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.




BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.




BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya




BULAN SYAWAL

Amalan sunat di bulan Syawal :
Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
e) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.


Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."




BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.



BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur

Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha
c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)


Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram

6.9.09

Wang Hantaran Tinggi Tak Janji Bahagia

MAHAR disebut juga sebagai mas kahwin yang bermaksud satu pemberian yang diwajibkan Allah SWT ke atas suami untuk isterinya sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib..." (An-Nisa': 4).

Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir menyebut bahawa ayat ini ditujukan kepada suami sebagai satu perintah daripada Allah yang mengarahkan suami supaya memberikan mas kahwin kepada isteri mereka dan ayat ini pada masa yang sama ditujukan kepada wali pengantin perempuan pada zaman Jahiliah kerana mereka mengambil mas kahwin dan tidak diberikan kepada pengantin perempuan.



Allah SWT menggunakan perkataan nihlah merujuk mas kahwin dalam ayat di atas sebagai satu penegasan bahawa mas kahwin ialah pemberian khas daripada Allah untuk pengantin perempuan diwajibkan ke atas pengantin lelaki yang menjadi milik mutlak wanita dan bukannya milik wali atau keluarga wanita berkenaan.

Ini adalah satu batas sempadan baru yang membezakan amalan orang Islam dengan amalan orang Jahiliah sebelum kedatangan Islam dan satu batas sempadan baru yang membezakan syariah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, Rasul terakhir dengan syariah nabi dan rasul yang terdahulu.



Masyarakat Melayu terkenal dengan masyarakat berbudi bahasa, bersopan santun dan beradat resam. Antara ungkapan yang popular yang berkaitan dengan adat dan budaya kita ialah 'biar mati anak jangan mati adat.'

Islam tidak pernah memusuhi adat dan budaya selagi adat itu tidak bercanggah dengan prinsip asas yang ada dalam ajaran Islam serta menguntungkan umat Islam.

Antara adat resam kita di sesetengah negeri berkaitan adat perkahwinan ialah pemberian wang hantaran kepada pihak keluarga isteri.

Perbezaan ketara antara mahar dan hantaran ialah mahar satu perkara wajib yang disebut dengan jelas dalam al-Quran dan A-Sunnah al-Nabawiah, manakala wang hantaran adalah satu perkara harus yang menjadi amalan masyarakat setempat.

Pada masa kini, wang hantaran lebih diutamakan masyarakat berbanding mahar. Ini bermakna kita mengutamakan perkara harus melebihi perkara wajib. Buktinya, rata-rata mahar yang disebut ketika akad berbentuk puluhan ringgit atau ratusan ringgit saja, manakala hantaran pula berbentuk puluhan ribu ringgit.

Ramai yang beranggapan bahawa mahar yang diberikan kepada isteri perlu sedikit agar rumah tangga lebih diberkati. Andaian ini berasaskan kepada sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Bahawa sebaik-baik nikah yang berkat itu ialah yang paling mudah mas kahwinnya." (Riwayat Abu Daud).

Benarkah keberkatan sesebuah perkahwinan diukur dengan melihat kepada nilai mahar yang sedikit atau rendah? Jika mahar yang diberikan dalam jumlah yang rendah dan disebut dalam akad oleh pengantin lelaki seperti: "Aku terima nikahnya Pulanah binti Pulan untuk diriku dengan mas kahwin sebanyak RM99 tunai," namun pada masa sama pengantin lelaki terbeban dengan jumlah wang 'hangus' yang tidak disebut sebagai mahar tetapi disebut sebagai wang hantaran berjumlah puluhan ribu ringgit sehingga mencecah angka RM99,999.99 atau lebih daripada itu. Persoalannya adakah perkahwinan itu amat diberkati Ilahi.

Imam al-Ghazali dalam kitab Al-Mustasfa ada menyebut lima asas penting Maqasid Syarak iaitu untuk menjaga agama, diri (jiwa raga), akal, keturunan dan harta. Perkahwinan dalam Islam bermatlamat menjaga kesucian keturunan manusia agar terus berkekalan ke akhir zaman. Islam menolak perbuatan zina kerana ia boleh mengancam institusi keluarga dan hidup berumah tangga yang menjadi asas penting dalam pembinaan masyarakat.

Melihat kepada makna tersirat di sebalik kaitan keberkatan dalam rumah tangga dan rendahnya mas kahwin, Iman al-Shan'ani pengarang kitab Subul al-Salam menegaskan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah ialah disunatkan berkahwin dengan mas kahwin yang rendah dan ringan.

Imam al-Shaukani, pengarang kitab Nailul al-Author menyebut bahawa apa yang tersirat di sebalik hadis itu ialah jika mas kahwin itu rendah, sedikit dan mudah, hal ini bertujuan tidak merumitkan bakal pengantin mendirikan rumah tangga, ramai pasangan akan dapat mendirikan rumah tangga tanpa mengira mereka itu daripada golongan miskin atau kaya.

Dengan ada perkahwinan, sudah pasti akan bertambahnya bilangan umat Islam dan membanyakkan bilangan umat Islam adalah matlamat dan wawasan utama perkahwinan dalam Islam.

Nabi bersabda yang bermaksud: "Berkahwinlah (dengan wanita yang berakhlak mulia dan yang subur, sesungguhnya aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai. (Riwayat Abu Daud). Jelas matlamat asal hadis berkaitan rendahnya mas kahwin wanita ialah untuk mengelakkan pasangan lelaki daripada dibebani dengan hutang yang cukup berat selepas bergelar suami atau menyukarkan mereka daripada mendirikan rumah tangga lantas mereka bergelombang dengan dosa khalwat atau perzinaan.

Namun tercapaikah apa yang tersirat di sebalik hadis itu dengan apa yang berlaku dalam masyarakat kita iaitu adat dan budaya telah membebankan pasangan pengantin lelaki bukan atas nama mas kahwin tetapi wang hantaran perkahwinan yang akhirnya menjadi wang hangus hanya sekadar membiayai majlis perkahwinan itu sendiri.

Dalam Islam mengadakan majlis perkahwinan ialah sunnah fadilah yang digalakkan, namun disunatkan mengikut tahap kemampuan pasangan pengantin lelaki.

Sudahlah jatuh ditimpa lagi dengan tangga, bagi bakal pengantin lelaki yang tidak berkemampuan kerana terpaksa membiayai dua kenduri serentak, satu di rumah isteri atas nama wang hantaran dan satu di rumah sendiri, hal ini tentulah membebankan pasangan pengantin lelaki.

Dalam menghadapi kegawatan ekonomi adalah wajar kita menilai kembali adat yang tidak menguntungkan masyarakat kita terutama bagi mereka yang tidak berkemampuan, sewajarnya ungkapan 'biar papa asal bergaya' sudah tidak ada dalam pemikiran masyarakat kita setelah 52 tahun kita mencapai kemerdekaan .

Apa guna menjadi raja sehari tetapi menjadi hamba menanggung hutang buat selama-lamanya lantaran tingginya wang hantaran yang ditetapkan.

Lebih memedihkan lagi, tanpa mengira suami atau isteri, jika rumah tangga juga turut 'terbakar hangus' bersama wang hangus dan hanya dapat bertahan seminggu atau sebulan atau setahun.



Meninggikan mas kahwin mereka bagi yang berkemampuan atau meninggikan bayaran wang hantaran bagi yang berkemampuan bukanlah satu kesalahan jika mahar yang tinggi itu tidak menyusahkan dan menyukarkan proses pernikahan dan dilakukan dengan tulus ikhlas dan tidak disertakan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk atau berada dalam perlumbaan meninggikan mahar atau wang hantaran.



Ada kalanya mahar yang tinggi milik mutlak isteri jika diurus dengan baik boleh dijadikan payung ketika hujan, bukankah menyediakan payung sebelum turunnya hujan satu sifat yang terpuji.

Apabila hari hujan tempat berteduh pasti dicari, adalah lebih baik meninggikan mas kahwin dengan kadar yang sepatutnya yang bakal digunakan, contohnya sebagai pendahuluan membeli rumah sebagai tempat berteduh yang kekal yang pasti akan membahagiakan pasangan yang baru berkahwin daripada dihanguskan wang berkenaan kerana namanya wang hangus semata-mata untuk berbangga dengan majlis perkahwinan dan hasilnya ialah ucapan pujian daripada tetamu kedengaran kerana indah dan gahnya majlis perkahwinan, namun pasangan suami isteri kekal berteduh di rumah sewa.

Masihkah kita ingin bersikap menang sorak kampung tergadai atau bersederhana yang pastinya sifat terpuji.





p/s - Kepada kaun lelaki, jgnlah gunakan artikel d atas ni utk korg jd pemalas, xnak berusaha, mencarai kebahagiaan.. hormatilah kaum hawa itu sebaiknya...

20.8.09

Sebulan Selepas

Geram aku dgn anak kambing ni, yg bestnya, kebetulan nak lahir, aku ada kat situ, jd bidan kambing jap time tu, siap dpt rakam. (Tgk post aku yg bertajuk 'Kelahiran Baru/Julai) Then skrg ni lps sbln, anak kambing tu sehat sgt, n manja pulak dgn org, tgkla video ni...


18.8.09

Aku Tahu Kau Tahu


Hmm.. Klu aku kata aku ada kompos lagu, mesti korg suma gelak kan, xpercaya pon iya gak. Yerla, klu org kata kat aku dia ada cipta lagu, mayb aku pon respon benda yg sama. Bukan apa, lagu tu kan seni, benda yg xnmpk. Mcm mana ko nak panggil benda yg x nmpk dtg kat ko? Cari lirik, melodi utk lagu tu, I mean, u can’t even know how or where to begin with.. So, dulu aku langsung xpernah mencuba benda yg aku langsung x tau mcm mana nak mula..

Tp deep down inside, aku mmg nak sgt ada satu lagu yg aku buat sendiri. Bukan apa, semua lagu yg kita dgr dr dulu smpi skrg, kita mesti nk kaitkan lagu tu dgn diri kita kan, barulah boleh timbul feal, nak happy ker, frust terguling ker, apa2lah.

So I’m thinking to myself, asyik nak kaitkan lagu org dgn diri sendiri jer, smpi bila kan. Kan best klu lagu tu kita sendiri yg buat, melodi kita sendiri cari n yg penting, lirik tu menceritakan apa yg kita rasa. Actually mmg itulah yg aku cuba buat dari dulu, tp tulah, baru skrg aku mencuba nak buat somtin yg aku sendiri xtau blh buat.

Setahun lps, jangan kata nak buat lagu, main gitar pon aku x reti.. hmm.. Lirik simple jer, so direct to da point.

Layanlah k…

Aku cerita kat aen yg lagu dah siap, belum dgr lg dia dah mintak aku buatkan lagu utk dia nyanyi, (ewah3..) so nak kasi adil, aku katalah nak buat satu lagu untuk GPMS yg kita boleh nyanyi ramai, rakam buat video klip, upload kat youtube (mcmlah sblm ni x biasa buat camtu kan..?) klu korg x caya, kat youtube, korg taipla GPMS, tgk video apa yg keluar… so lagu yg nak nyanyi ramai2 tu, adalah hak rasmi utk kegunaan Program GPMS sahaja, klu kelab lain nak guna pakai lagu tu pon blh, tp kenala bg kredit sket kat GPMS, x begitu..?



Seperti angin yang berlalu pergi
Masapun tak akan kembali lagi
Tersedar aku dari mimpi-mimpi
Mimpi yang tak akan bertandang lagi

Sepi, kini ku sendiri
Meredah hidup yang tiada bermakna lagi
Kini, ku terus sendiri
Tanpamu di sisi tiada dapat ku ganti

Biarpun kau telah pergi selamanya
Tak akan berubah cintaku padamu
Seperti yang telah terukir di bibirmu
Ku sayang padamu
Ku cinta padamu
Kekasihku. . .

Kaulah yang pertama dan tetap selamanya
Bahagia ku rasa tika bersamamu
Seperti yang telah terukir di bibirmu
Ku sayang padamu
Ku cinta padamu
Kekasihku. . .

Lagu ni demo jer, se-real-nya, lagu ni dibawa slow



www.myspace.com/chapter23rdmusic

14.8.09

GPMS yang GPMS . . .

Masih ingat lagi? Genap setahun berlalu, isu Majlis Peguam buat forum yang sentuh sensativiti agama Islam sebagai agama Rasmi Negara...








Sempat lagi pandang kamera dalam kesebukan pemberita menginterview...
Yang hebatnya kameraman tu, sempat snap time aku pandang dia..
p/s- Macamlah aku yang di interbiew tu kan.....

Kotak-kotak yang Berkaler-kaler

Korang tau x apa itu rubiks cube? Klu tau, taulah, klu x, lps baca benda ni korg taulah nnt. Agak kagum kan bila kita tgk org boleh selesaikan benda yang ada 6 permukaan dengan 6 kaler berlainan pd setiap permukaan tu. Masa kecik2 dulu aku ada ati gak nak selesaikan, tp mayb xder apa yg buat aku nak teruskan hajat aku tu, so akupon xbuatla. Tapi ada sorg yg bertanggungjawab buat aku jd sungguh2 nak belajar selesaikan rubiks tu, n selepas 3ari aku study, maka akhirnya wlupon x mampu selesaikan bawah 30saat, tp atlease aku masih boleh selesaikannya..

Org yang aku maksudkan tu, Kak Fyda, yang aku knl dlm GPMS. Dlm GPMS Kebangsaan, dia pengerusi biro hawa yang setaraf dgn Naib Presiden. Pertengahan Oktober2008, dia invite aku join program dia yg kerjasama dgn MARA. Program Kat Lenggong. Klu sekali program tu, 4,5 hari la direct kat tempat kejadian, mana yang kompom join siri tu smpi abis, kena stay direct smpi sebln atau 40hari camtu, letih.. Tapi apa ada hal, yang penting, MASYUK!!!! elaun harian x usik, mkn ada, siap ada belanja sampingan lagi.. Tapi sayangnya aku dah xleh join suma program2 camtu lg..

Utk program tu, biasalah aku jd kameraman. Yang tu pon minat aku gak, snap pic, especially bila kita dpt snap keadaan pd masa yg sgt tepat, (riak muka)tgh nangis ker, gembira ker, atau kerbau tgh melintas ker, apa2lah.. ok2 bkn itu yg aku nak citer skrg, back to d topic..

Mlm program tu, bl kerja dah hampir selesai, kak fyda tunjuk aku rubiks tu, dia kata klu aku blh buat, dia bg aku RM50, so aku buat la, tp bkn psl RM50 tu, tp psl mmg dr dulu lg aku cuba nak buat, n bl dah ada org yg cabar aku selesaikan, yg tu lah motivasi aku utk terus mencuba..
Dr Kamal Affandi dah nk sampai
Balik dr camp tu, aku terus taip rubiks kat youtube, so u all may know, aku belajar dr youtube jer. Then dlm 3 ari aku duduk dpn PC, maka terciptalah sebuah kesah yg mana aku dah dpt menyelesaikan rubiks tu.

Spt dpt snap pic dgn riak muka yg terkejut, tu lah yg aku dpt bila aku bwk balik rubiks tu kat kak fyda dgn keadaan yg dah siap.....



8.8.09

Artikel Akhbar Tempatan

Aku ada satu hobi ni, sms kat Rakan BH psl opinion aku n also karang artikel utk ruangan email BH.

Dulu aku aktif dgn GPMS, so dr segi sumbangan kpd masyarakat khususnya Melayu (byk sgt ker sumbangan aku tu..?) aku salurkan melalui GPMS, tp skrg bl dah xder masa nak join xtvt GPMS, inilah yg aku buat utk terus menyumbang, hantar SMS kat Rakan BH n email artikel yg aku karang kat ruangan Email BH.

Lepas baca blog ni, aku harap korang pon ada rasa nak anta artikel kat BH atau mana2 yg bersesuaian la, pandangan kita x sepatutnya di peram jer, org nak dgr ker, xker, atlease kita dah luah, tu yg penting. lagi pon, cara ni lebih baik dr g buat rusuhan, pecah2 barang, rosakkan ekonomi org lain... begitu bukankah...?

Aku ni klu korg nak tau, sgt obses dgn no. 23.

Nak tau knp? sbb aku lahir pada tarikh tu (23/03/83), so apa2 jer yg berkaitan dgn no 23 tu, mesti aku nak kaitkan dgn aku.

Contohnya, no id Rakan BH aku ILHAMEJAN:BHA18523, no lastnya 23, berapa ramai org yg mendaftar jd Rakan BH ni, aku dpt id 23 tu, mana x nya aku x kaitkan no tu dgn aku..

Byk lg yg ader no 23, nnt aku citer lg along the way..

Surat & E-Mel

Yang ni mmg aku puji sikap staff CIMB sana, layan aku xder beza dgn org lain..
Aku ada bisnes yg perlukan formality, maksud aku register bisnes dgn SSM, Majlis Perbandaran (Selayang), Akaun Bank Kompani, mcm2 lg lah, so.. korg bacalah klu sng nnt k..


Artikal ni psl masalah kawasan tmpt aku tinggal, so bl nak komen benda yg kurg baik ni, elok guna nama samaran jer,

Reply yang dtg dr Rakan BH yang lain

RakanBH

Dah jd bekas MB pon..


Masa kecoh pasal Yahudi

Ok x cadangan ni?

Lain-lain

23 hari lagi sblm tarikh tutup permohonan UiTM
Sbb tula aku suka kaitkan no 23 ni dgn idop aku. . .

Kereta terakhir keluaran Perodua Kancil.. 23

7.8.09

Halalkah Dia Untuk . . .

ha nak tau ker halal ker x?

kelik jer kat link tu, pastu korg taulah apa nak buat..

http://www.halal.gov.my/directory/index.php?lang=BM

19.7.09

Kalah Tipis d Dua MU (19 Julai 09)



Baru2 ni kita (maksud aku BN) kalah tipis kat Manik Urai (MU). Mejoriti 60 lbh jer, knplah undi 117 yg lain tu rosak kan? If not, the result would be so . . . xperlah, itupun dah cukup beri gambaran yg rakyat skrg mahukan perubahan dan Pas xkan selamanya terus releven di Kelantan, just wait the arriving of the new wave at the next general election. Tp apapon, aku tetap sokong dgn cadangan Presiden Pas Abdul Hadi utk buat Kerajaan Perpaduan dgn Umno@BN, sama Melayu, sama Islam, kdg2 kita pelik apalah yg nak digaduhkan sgt antara dua Parti Melayu yg besar dlm Malaysia ni..

Oklah cukup dgn Manik Urai. Dah BN kalah tipis di sana, kita kalah tipis lak d tgn Mancester United (MU) semalam. Actually 2 perkara ni sgt membanggakan Negara.
Bila kenang balik sejarah pertemuan Man U dgn Malaysia, kita mmgla x pernah menang, tp atlease bgla fight sket kan, sekurang2nya buat Sir Alex sakit jantung sekejap. Even masa Mokhtar Dahari main utk Malaysia lwn MU tahun 1981 dulu, kita kalah 3-1, which is good la kan, jaringan bolos x byk, n kita bg lak 1 gol kat gawang lawan, jgnla mcm tahun 2001, kalah 6-0.

Bagi pasukan kecik mcm kita, kita xkan takut menyambut lawan 100 kali lg lbh besar daripada kita sbb klu kita kalah, apa ada hal kan, pasukan besar tu yg sepatutnya takut dgn pasukan yg kecik mcm kita sbb klu diorg yang klh…. Malunya pon 100 kali lg hebat drpd biasa.

Aku nmpk camni, sejak Piala Merdeka yg kita menang tu, pasukan Bola Sepak kita mcm dah ada angin baru yg menjurus kearah yg positif, n yup, mmg ada turun naiknya slps menang Piala Merdeka tu tp player baru dgn yg lama ni seakan serasi bersama, sekali dpt rentak, Man U pon blh goyang. N aku nmpk bg Man U lak, tonggak utama dia Ronaldo dah xder, then Owen lak xlah sehebat prestasi dia di zaman kegemilangan dia dulu. Tambah lak bila player kuar masuk ni, rentak dlm pasukan blm dpt lg so bg aku, keputusan 3-2 tu xla berada di luar pemikiran logik akal..

Cuma aku berharap org tak beranggapan yang result 3-2 tu hnylah nasib dan kebetulan semata2. Mungkin dlm jelajah kali ni, Man U mmg saja pilih Malaysia sbg team 1st sbb kita yg paling lemah di antara Negara yg diorg lawati. So sblm smpi ke nagara terhandal spt Korea n China, Malaysia d jdkan pasukan pemanas badan mereka. Tp apabila terlalu memandang rendah terhadap Malaysia, itulah yg hamper membuatkan mereka meneruskan sesi jelajah mereka dgn permulaan yg sgt memalukan. Menang tipis ke atas Malaysia ni pon sudah cukup mengaibkan mereka. Kalaulah bkn kerana jaringan last minit Owen, kita seri dgn Man U, Kelab Gergasi Bola Sepak Dunia. Klu menang lak ke atas Man U camner..? klulah boleh diulangi perlawanan tersebut, kan bagus, aku yakin mesti ramai player kita time tu nak repeat balik perlawanan tu sbb rasa yakin yg mereka sbnrnya boleh buat yg lebih baik dari tu.. Eh, apa aku ckp ni, memang adalah 2nd match tu..

Man U nak repeat dgn kita. X d sangkal yg rematch ni d sbbkan tour diorg d Jakarta cancel sbb kes bom tu, tmpt diorg suppost to stay lak tu, mau x nya diorg x cuak nak tinggal kat sana. Furthermore diorg nak cover balik kos krn membatalkan perlawanan di Jakarta dgn mengutip tiket ke2 di KL. Well, bisnes is bisnes right? Tp sedikit sebanyak rasa x puas hati menang tipis ke atas Malaysia tu mesti ada kan, ya x Sir Alex..?

Bila bicara pasal repeat ni, ada baik ada buruknya. Citer yg baiknya dulu k. Dgn adanya 2nd match ni, team Malaysia ada peluang sekali lg utk buktikan yang result 1st tu bknlah satu tuah atau nasib shj n selepas punyai pengalaman berdepan Man U sehari sblm 2nd match esok, team Malaysia sepatutnya dah belajar rentak Man U bermain n rasa gugup berdepan dgn kelab ternama dunia sudah dpt dihakis serba sedikit. Tp yg buruknya, begitu juga dgn Man U. Mereka juga dah belajar rentak Malaysia bermain n melihat kembali di mana silap mereka. Klu 2nd match ni team Malaysia kalah teruk, tu akan d gunakan oleh Sir Alex bg menutup sangkaan yang team Malaysia mmg ada kualiti tinggi dalam bola sepak n mendakwa yg team Man U hny berlembut dgn Malaysia on the 1st match. N klu btl ni berlaku, aku lbh suka tiada 2nd match n biarlah mereka meneruskan perlawanan di korea dgn keputusan yg agak memalukan ketika berada di Malaysia..

Rakyat Malaysia tetep berharap dan berdoa, klu x menang ke atas Man U, atlease sama tarafnya dgn 1st Match. Doa ini termasuklah daripada Rakyat Malaysia yang menyarungkan Jersi Man U ketika menonton perlawanan tersebut. Malaysian will still be Malaysian. . .

Tunggu blog aku selepas perlawanan sok...

Pilih jalan selamat, to bukit Jalil with tren

Re-MatCh

15.7.09

dejavu with who?

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Setiap org mesti ada sentimental value dgn lagu2 n filem2 yang pernah dia dgr or tonton kn. Aku? Teramatlah byk. Citer psl music yg aku minat dlu la k.

Bagi aku, suma jenis lagu aku blh layan jer, tp mesti ada yg paling feveret kan. Klu citer psl lagu RoCk 80-an tu mmgla.. aku rasa bkn aku jer, xkiralah sape jer, tua, belia, laki even pompuan pon layan.

Cuma ada satu golongan pembawa satu aliran music, yg aku giler sgt smpi skrg. Golongan artis ni xramai, dlm satu kelompo kecik jer, tp fenomena yg dia bwk ke dlm industry music Malaysia ni.. huhu, tersgtlah dahsyat.. agak2 sapalah mereka ni yer..?


Irama Type

4u2c, NiCo, KRU, Ku2, A-Z, Feminin, dan seangkatan dgnnya lah.. ha itulah mereka.. masa group2 ni tgh top, aku kecik lg, tp sempat gak la merasa aura time diorg masih d atas. Aku rindu nak tgk artis Malaysia kita zaman skrg ni setanding mcm artis dulu2, bl buat konsert, tiket sold out, sampai ada kes masa konsert 4u2c, pentas roboh sbb peminat serbu naik atas pentas. Skrg ni, hmm sedeyh jer nak cerita, tambah pulak band2 dr indon tu dtg.. nak nyanyi 3 lagu jer, Ungu mintak bayaran RM100ribu, sampai camtu..? artis holliwood kot? Tp aku akui, lagu2 indon tu mmg lyn, kebetulan pulak mmg kebanyakan lagu2 Ungu mmg aku minat, vitamin utk jiwa yg kekosongan tu..

Xperlah, berbalik pd cerita artis kita zaman dulu tu. Klu Micheal Jackson ada gaya dia sendiri, 4u2c pon bwk style diorg sendiri, Cd gantung kat tengkok tu satu hal, seluar petak2, tarian diorg (Simple tp itulah 4u2c). n paling aku suka, lagu n video klip Fiona. Pernah dgr lagu Fiona kan? Intro dia, cukup menceritakan suasana remaja yg bergelar pelajar.. tp syg sgt diorg x bertahan lama, tp bangga gakla KRU blh survive smpi skrg dgn bisnes juta2 lg..

Selain RoCk, Jiwang karat mcm Spoon, Screen, Scoin, Spin, aku layan gak. Aku pernah citer kat mmber yg aku minat lgu2 camtu, diorg kata karatnyerlah aku ni, mcm dah xder lagu lain jer nak layan, tp bl aku mainkan jer lagu tu, huh, diorg punyalah layan, siap fealing2, dgn muka2 sekali berkerut2 melayan perasaan, hmm, nak jer aku sepak2 muka sorg2..

Tu baru karat, blm kata dangdut lg. eh aku layan dangdut gak tau, especially time amelina dulu la, dangdut lps amalina tu dah mula ngarut2, then masuk inol, uuuhh, di kocok2.. ahhh… (hehe)

N xlupa irama nasyid, Raihan, Brothers, Hijjaz, Saujana, Miwarna, Now-see-heart.. huhu In-Team n UNIC, masa bercinta zaman kolej dulu, lagu2 ni la yg menjadi makanan halwa telinga ku. Teringat kenangan masa… hmm..


Kenangan

Selain minat secara general, setiap korg mesti ada lagu kenangan kan. Aku pon camtu la, contohnya klu dgr lagu 'Keranamu Malaysia' (contohla kan..), aku mesti teringat masa aktif dgn GPMS dulu, hari belia (15/mei) mesti aku ada d tgh2 stadium, nyanyi ramai2 dgn member2, seronok jer. Skrg dah xder masa utk suma tu.

Xkesahla kenangan psl apa pon, zaman kanak2 ker, sekolah ker, kolej ker, bercinta ker, setiap event mesti ada lagu yg mengiringinya. Kan kan..?


Pengaruh dlm membentuk masa dpn hidupmu

Tentang Filem, ada byk filem yg aku lyn, tp kebanyakan dr member aku xberapa knl filem2 yg aku layan. Bkn diorg x nak lyn, Cuma klu asalnya mmg dah x knl, camner diorg nak layan btl x..?

Antaranya, filem U.S, Back To The Future. Aku yakin, yg tgh baca blog aku ni, korg pon x biasa dgr filem ni kan..

Xper2, tu filem luar, kita citer psl filem dlm Negara lak.

Pernah korg tonton or knl filem ni, Gemerlapan? Ha nilah antara filem yg btl2 merencana corak perlaksanaan hidupku, dulu dan skrg.

Gemerlapan ialah filem psl student IPT, sambil teruskan pelajaran, sambil bercinta, tu yg bagus tu, bkn bagus ber-couple ni, Cuma sekurg2nya, masa dpn kita dah hampir cerah bl kita teruskan pelajaran, tu yg penting.

Tgk diorg bergaduh psl cinta, g camping ikut persatuan kolej, nyanyi ramai2 dlm hutan (bercamping) sambil main gitar, huhu, bg aku, sapa yg berkemampuan utk teruskan pelajaran tp xmau sbb nak kerja, tersgtlah rugi seumur hidup dia. Kita muda hny sekali jer, kerjaya blh tunggu, sementara muda, dptkan diploma tu dulu, n while doing that, have fun with it, enjoy ur self with student’s life.. igt k, aku ckp sapa yg berkemampuan, dah klu x mampu tu, tu lain cerita, tp klu boleh, teruskanlah study, masa dpn korg, bangsa korg, bkn kerajaan yg blh ubah, korg sendiri kena ubah.

Terus trg aku ckp, psl citer ni lah, aku psg citer2 nak cont study kat UiTM sbb filem tu shoot kat UiTM S.alam, mana xnya, directornya A. Razak, lecturer UiTM. N skrg I am part of UiTM’s family…

further more, aku join GPMS, yg selalu ajak org teruskan pelajaran, klu aku sendiri terumbang ambing, apalah sgt kelayakan aku nk suruh org buat benda yg aku sendiri x buat kan...?



Kepadamu Ku Curahkan,
Kepadamu Ku Buktikan,
Segala Yang Ku Janjikan,
Dari Dulu, Dan Selamanya,

Biar Musim Pun Berganti,
Namun Aku Kan Kembali,
Kepadamu Di Sisi,
Bersama Lagi, Hanya Kau Ku Sayangi,

Biar.. Hari Berganti Dan Pergi,
Kerana.. Ku Tahu Kau Kasihku..

Kali Ini Ku Kembali,
Dalam Alunan Mesra Sinar Pagi,
Ku Genggam Erat Tanganmu Ku Bawa Bersama,
Ke Alam Realiti Dan Fantasi..



Ada masa, tgklah filem tu, Lan A-Z mmg kayu berlakon, tp lynkan jerla, xrugi korg tgk..


Media dan Peranannya..

Sedikit kesempatan aku nk sampaikan pada producer filem tanah air kita ni, (xkira diorg baca ke x blog aku ni), bl buat filem tu, igt2la sket kesannya terhadap masyarakat, jgn nak carik untung jer, contohnya bl filem Remp-It di tayangkan, makin menjadi2 rempit kat luar sana, ntah apa yg rempit ni nak buktikan pon aku x tau la. mungkin penulis jln cerita hny nak trgkan apa yg sbnrnya berlaku dlm masyarakat kita, tp sygnya, sepatutnya mendidik, dah jd sebaliknya..

apa pun, filem 'Syurga Cinta' mmg menyedarkan. ini yg dikatakan, mahu menerangkan apa yg berlaku dlm masyarakat DAN ia juga mendidik, yg boleh mendorong penontong ke arah kebaikan...

14.7.09

Kelahiran Baru

Assalamualaikum, ketemu lg kita di blog ku yg hijau ini.

As u all know, aku mmg sentiasa dlm keadaan keletihan dgn kerja harian ku. Itu normal lah, cuma akan ada direct 2,3 hari yg buat aku tersangatlah penat, x cukup tdo, n sometimes kena telan ubat utk cover kesakitan kpl ku yg x cukup tdo n kepenatan itu..

Ha nak nasihat sket nih, jgn amalakan kebergantungan diri kpd ubat-ubatan ni, mcm mana bz pon, kena cari ruang utk rehat n tdo, klu x, ketagih la ko dgn ubat2 tu nnt, blm tua lg dah penuh bdn dgn ubat..

Sabtu lps, aku g Kuantan anta adeq aku g UIAM kat sana, ahad lak attending my 1st class sbg student PJJ d UiTM di semester yang baru, smlm (isnin) aku g tgk ternakan kesayangan ku itu di Rawang, n xtvt aku ke pasar itu ttp berterusan setiap hari, huhu penat? Xyah tnylah (sapa pulak yg tny kan..?), asal ada jer ruang nak tdo tu, mmg xkan aku lpskan..

Nnt aku citer lg psl my 1st class at UiTM tu, skrg aku nak citer psl benda lain..

Smlm (isnin13/07/09) aku g tgk kambing2ku yg Sho-MeLL2 itu, sbb mlm sblmnya ade sekor ibu kambing ni lahirkan sepasang twin, ayah aku call aku dr rawang (at that time aku ada d kedai), dia memberitahuku susu ibu kambing tu xkuar. Then aku terus call En. Shaari dr Veterina Gombak, dia kata, klu dah xder susu tu, terpaksala bg susu ganti. Susu ganti ni susu tepong mcm kita bg kat baby manusia la, bancuh dgn air, masuk botol, susukan kat baby kambing tu. So alang2 beli susu tu, aku beli la sekali 1 guni palet (40kg) dgn serbuk penambah selera mkn kambing.

Actually ibu kambing tu bkn xder susu, kdg2 mmg xkuar, so susu tepong td tu buat spare klu apa2 jd nnt kn..

Masa aku anta susu tu ke kebun (tmpt kami ternak kambing), mcm biasala, aku tgk2 keadaan kandang, kambing, apa2 yg patut aku buatla. Nak d jadikan citer, time tu gak la ader sekor lg ibu kambing yg dah ready nak deliver. Actually ada beberapa ibu kambing lg yg dah sarat nak deliver, yg lain baru jer bunting. So mmg tuah aku n tuah korg gak la, ptg tu aku dapat rakam dari ibu kambing tu sakit nak bersalin smpilah dah abis deliver..





7.7.09

Aku yang kehilangan tulang sum-sum!!!

Pagi td, mcm biasalah aku g pasar kan, tp pagi td, for the 1st time sepanjang kerier aku ke pasar, tersebutlah al-kesah bahawasanya kereta yang aku guna untuk mengangkut barang² itu tidak blh dihidupkan semula enjinnya setelah ia selesai diparkingkan di pasar sana. ‘Hmm, apa nak buat ni?’ Aku berfikir. Matahari pula dah semakin menunjukkan seri-nya..

Walaupun dah hampir 10 tahun aku punyai Lesen Memandu Kerajaan Malaysia, Kelas D, yg ku perolehi sejak SPM lg, (alahai, dah remaja purba juga aku ni rupanya..), x semua perkara kita blh tau psl kereta kan. (mmg sgtlah aku study mekanikal kat kolej tu dulu..) Yerlah, g pon aku pakai Kelisa 1.0GX (2003) jer, yang aku bwk g pasar tu Toyota Corona 2.0 (1990). Bukak boot Toyota tu jer dah fenin kpl tgk enjin yg penuh kepadatan itu.

Terfikir gak aku nak tolak jer kete tu nk bg enjin idop. Sblm ni pon, tu lah yg biasa aku buat. Tp aku decide nak call jerla dulu Yang Berbahagia bapak aku untuk mendgr pandangan drpd beliau. Sat g beliau berkata, tuggu kehadirannya d sana. So tuggu punya tuggu punya tuggu, bulan x timbul2, (hehe lawak P.Ramlee la pulak.. tau x dr filem mana?) Maka hadirlah beliau yang terus memeriksa keadaan kenderaan tersebut.. gagal dihidupkan, last sekali buat apa awk tahu? menolak jugalah kereta tu gamaknya.. (but when u think of it, itulah kali pertama Y.Bhg ayah ku jejak kakinya ke pasar tu sejak aku dah ambik alih tugas drpd beliau..)

Ha okeh, part ni yang aku nak citer sgt nih. Knp yer? Kerana inilah maka terciptanya tajuk utk Post aku kali ini.. (Aku yang kehilangan tulang sum-sum!!!) Kereta tu tersgtlah berat i tell u, tambah pulak dgn brg2 yg dah siap dibeli, parking tu pulak menurun sket, so nak kuar kan keta tu dr petak parking tu jer dah… ya Allah, Kau shj lah yg mengerti jeritan batinku ini. Dah mcm nak terputus urat kentut aku dibuatnya... serius berat!!

Andai kata esok aku masih mampu utk terkentut, bersyukurlah aku kehadrat Tuhan yang telah memberi nikmat kpd hamba2nya yang tetap bersyukur..

Moral of da story? Ha Lu komenlah sendiri…


(eh, asal mcm tergantung jer citer nih..? la..last sekali kereta tu blh idop n dah boleh balik lah.. apa ar... )

Fesyen ku yang Pro

Yok! Ayuh kita teruskan ceritera kita di sesi kali ini..

Ok.. apalah yang aku buat skrg ni kan, I mean kerja aku sbg profesyen.. Panjang citernya, mmg xleh nak dipendekkan dah. Tp I try my best lah to make it short k…

Bermula pada hari raya korban tahun lps, (Dec 08), ayah aku terpaksa stay kat hospital selama 2 mlm utk operate sebelah mata dia. Belah mana eh? Ntahla aku pon terlupa. Sebelah mata ayah aku ni ceritanya dah x blh nmpk langsung. Sebelah lg blh nmpk tp bl tiba jer mlm, terus xleh nampak dah. Bahaya tu, dah la dia selalu bwk keta pagi2 buta. Bila siang lak, xblh kena cahaya matahari, so kena lak pki kacamata hitam. (keh keh dah mcm S. Jibeng dah aku tgk ayah aku ni..) Makanya kakak aku pon hantarlah dia g operate kat Hospita Mata Tun Hussein Onn kat PJ tu. Bila bicara psl mata ni kan, korg pon tau kos medical nya, ribu2 beb!! Tapi klu mata tu dah xblh nak buat apa2 terus nnt, harta bertimbun pon dah x guna.. btl x Upin..? (btl.. btl.. btl..)

Untuk payung kos sara hidup family kami yg agak besar ni, selain drpd hasil kutipan rumah sewa tiap2 bln, ayah aku juga run bis kedai runcit kat kawasan rumah. Kecik2jer.. Tp Nabi pun dah kata, 9/10 drpd rezeki dlm dunia ni dtgnya dr berniaga, so mmg btllah, return yg kami dpt dr kdi runcit tu sgt membantu cos of living kami sekeluarga..

Berbalik pada kesah hospital td.

So bl ayah aku dah kena stay kat wad sana, dia mintakla aku tlg g pasar borong kat Selayang sana tu utk beli brg2 kedai. Bis kami bkn mcm 7e tu, kami ader jual brg2 basah mcm ikan n sayur, so sbb tu lah aku kena g pasar borong setiap hari utk dapatkan bekalan yg fresh setiap pagi.. So pasni klu korg (saper2jerla) ada g pasar borong tu antara jam 3:30am-6:30am, tibe2 ternampak ada org mcm Zed Zaidi ataupon Ustaz Akhil Khai g beli ikan kat sana, korg jgnlah terkejut lak k, tu hynlah aku yg sedang memilih ikan di pasar yang basah lg harum tu, just a ‘nobody’ person.. (hahaha… atoi yai, dia punya tahap perasan, level 9 Thumblebug tu…)

So sejak dari hari tu, ayah aku pon dah senang hati tgk aku blh handle kedai tu dgn ofcos pengawasan darinya, so dia pon dgn senang2 hatinya juga mahu aku teruskan jer usaha aku yg murni ke pasar borong itu walaupon dia kini sudah sehat dan sejahtera spt sblmnya.. (ewh.. ewah.. bisikkan kata hatiku). Maka dgn itu, bermulalah episod hidupku sbg. peniaga kedai runcit di Gombak..

Aku teringin gak nak kerja kat opis mcm org lain, (dlm opis ader aircond, selesa tu..), kerja dgn company besar. Tp aku sendiri pon mengaku, aku kurang senang sbnrnya nak kerja bwh org ni. Terikat pulak dgn waktu opis hour, lglah x tenteram hati ku dibuatnya.. Mungkin lah jiwa aku sama mcm ayah aku (ofcozlah kan, dah anak beranak), suka nak bekerja sendiri. Tp psl kedai ni, pada mulanya aku buat hyn kerana nak tlg ayah aku, sbb aku pon masih mencari-cari, apalah yang aku nk buat dlm idop aku ni.. Tp last sekali, Tuhan dah tentukan yang kedai runcit tu adalah utk aku teruskan perjalanannya. Sesungguhnya setiap ketentuan yang telah ditetapkanNya, itulah yg terbaik utk kita wlupon xkena dgn kehendak asal hati..

Eh betul dowh.. dlm dunia ni, benda yg paling ko nak sgt, tulah yg biasanya ko xkan dapat. N benda yg paling ko x berkenan dgn hati, itulah sbnrnya yg paling cocok utk menyokong kehidupan ko dikemudian hari yang masih panjang tu.. (eh aku citer psl pilihan kerja ker psl apa ni..?) hurm.. xkesahla, statement ni, kat mana2 pon blh d implement, dlm setiap sudut kehidupan kita, yang biasanya melibatkan membuat PILIHAN dlm hidup.. Tp korg setuju x dgn statement aku nih..? Terserah…

Berbicara tentang ketetapan Tuhan td, klu nak kira, aku adalah anak lelaki yg sulung dlm family, adalah kewajipan seorg wanita utk patuh pada suaminya, dan adalah kewajipan seorg anak lelaki utk taat pada ibunya.. so.. (get my point?)

Dari situ, dua nawaitu menjadi satu. (1)Sebagai seorg anak yg x mahu tgk mak ayah nya SUSAH SAMPAI KE SUDAH dan (2)niat aku utk mulakan bisnes sendiri, yg telah ditemukan di Kedai Runcit itu…


Any respon..?
Makcik2 kat sana yg selalu beli brg kat kdi kami tu, selalu tny aku. Aku x kerja ker? Dalam hati aku ckp, ‘la, yg aku dok terconggok kat kedai ni bkn kerja ker..?’ Tp yerla kan, mind setting org dulu2, even org skrg pon camtu, org muda spt aku yg muda belia ni, yg atlease dah ada diploma, tambahan pula kacak, tampan, lg bergaya ni, (Wahaha angkat bakul sendiri sehy…!!! Forklift pon blh tumbang) sepatutnya kerja dgn kerajaan atau swasta, especially kerajan. Pernah dgr ungkapan ‘hujan, ribut, gaji jalan’? ha psl tulah org tgk klu dah ada kelayakan, rugi buat kerja mcm kedai ni, aku patut pergi jauh lg.. xperlah.. there’s a reason in everything…

Nanti aku citer detail lg dilemma yg aku hadapi antara ‘Dua Nawaitu’ tu.. Tajuk Post tu nnt, hmm dah tentu2 ‘Dilema Dua Nawaitu…’ obvious sgt..

Nanti aku cerita jugak bagaimana kesah aku sbg peniaga kedai runcit ni boleh bertindih dengan kesah hidupku di UiTM Shah Alam, blm masuk chapter kambing lg nih.. (^o^) huhu..

Tungguuuuuuuuuu…………………………

6.7.09

Malang atau Kemalangan..?

Xtaula knp dgn arini, tibe2 myspace aku xleh log in, nk tgk page pon xleh, menurut katanya,

Invalid Friend ID.
This user has either cancelled their membership, or their account has been deleted.


Eh eh, xbengangla pulak aku kan dgn kenyataan seumpamanya.. 6jam gakla aku cuba log in tp xdpt, atoi.. apa nak buat eh..?

Menurut sumber dr myspace itu sendiri, ia mungkin ralat pada site itu shj, nnt elokla ia, so mayb sok okla kot, tp camner klu xblh..?

Beberapa perkara yg buat aku sgt bengang klu ia kompom ter-delete…

1.Dkt 7000 tu member yg dah ada dlm myspace tu, penat jer add/approve kengkawan dlm tu.. sejak tahun bl eh? ntahla x hengat..

2.segala pic, folder album, penat sehy nk upload balik, susun ikut event, aduh.. n even klu upload semula pon, fresh new la.. xder pic komen, xder apa, hampeh!! Begitu juga dgn blog d myspace, video, profile, layout, huhu gigel just thinking of it. komen2 lain d page,blog, dll also gone with the wind…

3.paling penting, URL aku, sgt simple, sgt aku..
www.myspace.com/ejan
xker canteq tu, mana nak cari beb, xdpt dah skrg…

tp setahu aku, klu nak delete akaun ni, byk procedure, ada pengesahan melalui email, then ambik masa 2 ari utk delete. Cam td, tibe2 jer hilang tanpa byg, per cer..? harap2 ralat jerla..

tp kn, psl benda tu terjadi, aku dah buat email baru, siap tuka URL untuk facebook n friendster.


p/s- sdg aku menulis luahan hati ini, dah ader 4 org yg aDD facebook aku, pantas sungguh mereka ni, tQ A'a, Miza, Mala, Aina . . .

4.7.09

Kolej Islam Antarabangsa (IIC)

Masuk jer zaman student kolej, fuh, yang paling menarik n lives changing situation got into my life. Cara hidup, cara belajar sbg student IPT, xtvt persatuan, percintaan (Oops.. percintaan..?) sumanya berlaku dlm tempoh yang singkat tp penuh bermakna tu…

Ok, di kolej, aku teruskan minat aku utk bepersatuan. Tp aku x terus join mana2 persatuan pon, dlm setahun lps aku jd student Kolej Islam Antarabangsa (IIC), barulah aku join Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Camnerlah aku leh terjebak dgn GPMS ni kn..?

Camni citernyer.. aku jrg citer benda ni kat org so korg pon klu dah baca blog ni, jgn citer kat org lain gak k.. hehe..

Dua reason knp aku blh terjebak:
1. Sbb aku berkawan dgn 3org budak Penang yang dah lama join GPMS sejak diorg sekolah menengah lg. Diorg classmate aku di kolej, Ali, Rizal, Mamu. X lupa gak abg Jais, Manager STADD IIC time tu.
2. Sbb break dgn gf (huhu..)

Dapat relate x apa yg aku citer ni? 1st month aku sbg student IIC, aku knl dgn sorg minah ni, lawa beb. Kulit cerah kemerahan, bertudung. Lagi aku knl dia, lg menarik aku nmpk dia. Pernah dia tunjuk pic dia masa kat sekolah dulu, tudung labuh tu, budak sekolah agama lah nk kata.. fuh mmg gadis idaman ku selalu.. tp jodoh x pnjg, cukup jer setahun, putuslah sudah antara kami..

Dah dpt relate blm..? Psl tulah lps setahun aku jd student IIC, baru aku join GPMS.. sbb bl dah single masa tu, aku rasa masa aku terlampau lapang sgt, memberi ruang utk kpl aku asyik igt kesah lama jer. Mana x nya, masa dgn dia dulu, asal ada masa lapang jer, mesti berkepit, xblh lekang, bl dah xder lg, hmm.. Then nak jd citer, aku joinlah GPMS dgn niat spy aku blh jd bz, blh lupakan kesah lama n buka buku kehidupan baru…

Last year n Last sem as Student of IIC, aku dilantik jd Setiausaha Agong, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Islam Antarabangsa. Dah x pndg blkg lg dah time tu, aku terus join dgn aktif segala xtvt GPMS kolej, GPMS wilayah, GPMS kebangsaan n Majlis Belia Malaysia (MBM)

Honestly, aku akan rasa sgt menyesal klu x knl GPMS d masa muda aku especially time aku masih bergelar Student IPT.. Sebab tu jugaklah mana2 jer aku pergi, 2 perkara aku mesti buat bl jumpa/knl org baru, aku mesti ajak diorg join GPMS n paling penting, teruskan pengajian d IPTA/S as far as they can..

korg yg baca blog ni, samalah jugak. sambunglah belajar sekurg2nya peringkat diploma kat mana2 IPT pon, n joinlah mana2 kelab persatuan yg sesuai dgn korg. Muda hyn sekali, hargai n penuhi usia anda tu dgn perkara yg menyeronokkan tp berfaedah utk diri sendi n bermanfaat utk org sekeling korg...

Interest




Sejak dari sekolah lg, aku aktif dgn xtvt kokurikulum dan bepersatuan. Jujurlah aku citer, masa sekolah dulu, aku lebih mengutamakan xtvt bersosial drpd study, tu yang kantoi kat SPM tu..
Zaman sekolah antara yang paling menarik dalam hidup aku.

Aku sekolah kat SMK Sri Gombak. Masa kat sekolah, aku join Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Selama 2 tahun (Form 4&5) aku pegang jawatan Naib Presiden (PKBM). Yang bestnya, persatuan2 mcm PKBM, Kadet Polis, Anti Jenayah, persatuan2 mcm tulah, pelajar sekolah yang paling bermasalah paling suka join. Betul ker? Maybe kot.. dah kurang minat belajar, so perkara2 mcm nilah yang diorg suka nak buat.. (Termasuklah aku)

Pertandingan peringkat kebangsaan yang pernah aku join, mewakili PKBM Selangor, bertanding di Taiping Perak (9-17 Okt 1999). Ada 3 jenis pertandingan dijalankan.

1. Kawat Kaki 2. Rempuh Halangan 3. Menembak.

Kawat kaki n Rempoh Halangan tu biasa2 jer bg aku, lbh kpd team work. Tp masa menembak tu paling bermakna bg aku secara peribadi. Y u may ask? Because I am among a few yang tembak tepat pada sasaran. (20 drpd 20 peluru kena sasaran). Bangga woh… Masa latihan kat Kem Sg. Besi, xnmpk pon aku blh buat camtu, dah sampai hari pertandingan lak blh dpt perfect score.. Before Taiping, ada gak la join camping PKBM kat Temple Park, wakil sekolah peringkat Daerah Gombak. Tp tu biasa2 jer, adalah buat flying fox etc, camping peringkat sekolahpon biasa..

Selain PKBM, aku ada gak join Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Aku wakil sekolah dgn 2 org lg member d peringkat daerah Gombak, ke NUBE Port Dickson. 5 hari kat sana. Mcm program seminarla.. Penerangan tentang HIV/AIDS anjuran PROSTAR Gombak. Mesti ada kat luar sana yg pernah join PROSTAR kan? Klu pertandingan PKBM kat Taiping tu sgt memeritkan badan dan minda, program PROSTAR tu pulak sgt me-release-kan aku. Just dgr seminar, mkn, tdo, n yg paling penting, tepi pantai beb, bygkan 5 hari kat pantai, best woh…. Mkn, berak tanggung..



Sapa2 yang ada join program PROSTAR NUBE 1999 ni, kontekla aku balik, 10tahun dah berlalu, mesti byk yg dah berubah kan, yg perempuan tu, mesti dah kawin beranak 2 …?
Klu nak citer program yg aku join peringkat sekolah, lglah byk. Setakat hari sukaneka tahunan tu, mmg tiap2 tahunla muka aku jerlah yg muncul.

Tahun terakhir sbg murid SMK Sri Gombak, aku jd Ketua Kontinjen utk semua Kelab Berunifom dan Rumah Sukan. So blh bygkanlah suara yang perlu ko keluarkan spy kesemua pasukan dlm 1 padang sekolah tu dpt dgr. (Blh bayangkan ker?) And as usual, PKBM menang pasukan terbaik. Cara yang baik utk aku meninggalkan zaman persekolahanku... (Dgn Gaya)

Simple Background

Nama : Ilhamejan Qachuck (iQ)
Kediaman : Gombak (Menumpang umah mak ayah aku)
D.O.B : 23-Mac
D.O.P : HKL
Pendidikan : Diploma IT, Kolej Islam Antarabangsa
Pernah menjadi pJJ Student @ UiTM S.Alam (sad to admit that aku xdpt nak abiskan degree aku tp glad to say, itulah pengalaman yg xsemua org blh dapat)
Profession : Pengusaha Kedai Runcit dan Menternakan Kambing (family business)
Interest : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Tag Line : Islam Landasan Hidup Acuan Muslim (ILHAM), Chapter23rd,


Minuman
Tembikai Laici : Klu aku Makan kat luar, samada lunch or dinner, aku selalu minum Tembikai Laici. Tak kesahla Makan nasi ker, lampchop ker, tp klu b1st, aku minum teh tarik (or ais) atau Tongkat Ali suam (or ais). Kenapa Tembikai kena campur laici? Ntahla, klu tembikai jer rasa kurang tendangan la, mesti kena ada laici.

Teh O Suam Lipton : Klu aku mkn kat umah, xkesahla b1st, lunch, dinner, sahur ker (uish sahur, xsbr nak pose..) mesti minum dgn Teh o.

Usual Drink : LongJaCk GOLD Orang Kampung, dulu aku suka power root, tp dah kurg sengat la rasanya, LongJaCk ni mula2 aku try, susah btl nak telan, pekat giler, tp skrg ni, klu ada yg lg kuat drpd LongJaCk ni, g tau la aku, tp jgnla suruh aku rebus sendiri tongkat ali tu kat umah, time is money brother, apa kejadahnya aku nak merebus tongkat itu d kala masa itu sgt penting utk aku melakukan perkara2 yg lbh tinggi prioritynyer...

other drink: Susu DutchLady FullCream (FreshMilk n Low Fat also do)Peel Fresh, etc..

Assalamualaikum

Dah lama dah nak buat blog ni, tp aku bkn mcm dulu lg, dulu aku ada byk masa yg boleh aku spent utk perkara-perkara yg. . . . Okla bknnya x penting langsung, tp prioritynya skrg dah berubah. Contohnya dulu aku selalu dpt cari masa utk on9, xkiralah pagi ker, ptg ker, biasanya tgh mlm paling kerap. Tp skrg masa aku lebih penting diletakkan utk tdo, itupon blh kata setiap ari aku tdo dlm 3-4jam sahaja…

Ish panjangnya intro aku. Ok.. ok.. apapun aku nak bg tau sket ni, blog ni aku buat, Seri lah puncanya. Seri? Apa lak tu? Bkn apa tp siapa.. Dia adalah slh sorg drpd adeQ aku yg bergiat secara aktif dgn xtvt mem-blogging ni. Hari2 dia update blog dia, n x kurg juga kekerapan beliau bertanyakan kepadaku, bila lagi aku nak buat blog aku sendiri…? So pada hari ini, aku telah melakukannya..

ILHAMEJAN

ILHAMEJAN
Aku Tahu Kau Tahu