Pagi td, mcm biasalah aku g pasar kan, tp pagi td, for the 1st time sepanjang kerier aku ke pasar, tersebutlah al-kesah bahawasanya kereta yang aku guna untuk mengangkut barang² itu tidak blh dihidupkan semula enjinnya setelah ia selesai diparkingkan di pasar sana. ‘Hmm, apa nak buat ni?’ Aku berfikir. Matahari pula dah semakin menunjukkan seri-nya..
Walaupun dah hampir 10 tahun aku punyai Lesen Memandu Kerajaan Malaysia, Kelas D, yg ku perolehi sejak SPM lg, (alahai, dah remaja purba juga aku ni rupanya..), x semua perkara kita blh tau psl kereta kan. (mmg sgtlah aku study mekanikal kat kolej tu dulu..) Yerlah, g pon aku pakai Kelisa 1.0GX (2003) jer, yang aku bwk g pasar tu Toyota Corona 2.0 (1990). Bukak boot Toyota tu jer dah fenin kpl tgk enjin yg penuh kepadatan itu.
Terfikir gak aku nak tolak jer kete tu nk bg enjin idop. Sblm ni pon, tu lah yg biasa aku buat. Tp aku decide nak call jerla dulu Yang Berbahagia bapak aku untuk mendgr pandangan drpd beliau. Sat g beliau berkata, tuggu kehadirannya d sana. So tuggu punya tuggu punya tuggu, bulan x timbul2, (hehe lawak P.Ramlee la pulak.. tau x dr filem mana?) Maka hadirlah beliau yang terus memeriksa keadaan kenderaan tersebut.. gagal dihidupkan, last sekali buat apa awk tahu? menolak jugalah kereta tu gamaknya.. (but when u think of it, itulah kali pertama Y.Bhg ayah ku jejak kakinya ke pasar tu sejak aku dah ambik alih tugas drpd beliau..)
Ha okeh, part ni yang aku nak citer sgt nih. Knp yer? Kerana inilah maka terciptanya tajuk utk Post aku kali ini.. (Aku yang kehilangan tulang sum-sum!!!) Kereta tu tersgtlah berat i tell u, tambah pulak dgn brg2 yg dah siap dibeli, parking tu pulak menurun sket, so nak kuar kan keta tu dr petak parking tu jer dah… ya Allah, Kau shj lah yg mengerti jeritan batinku ini. Dah mcm nak terputus urat kentut aku dibuatnya... serius berat!!
Andai kata esok aku masih mampu utk terkentut, bersyukurlah aku kehadrat Tuhan yang telah memberi nikmat kpd hamba2nya yang tetap bersyukur..
Moral of da story? Ha Lu komenlah sendiri…
(eh, asal mcm tergantung jer citer nih..? la..last sekali kereta tu blh idop n dah boleh balik lah.. apa ar... )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan