14.12.11

2011:Roundup

16 September 2011
Personally, 2011 adalah tahun yang paling bermakna, paling berjaya, paling segala-galanya bagi hidup aku. Peristiwa yang melibatkan kehidupan peribadi, perniagaan as well as persatuan. Ada bulan yang penuh dgn xtvt, ada bulan yang byk juga xtvt tp aku konsider kurang pentinglah untuk aku ceritakan.

Yang uniknya untuk tahun 2011 ni, peristiwa yg aku anggap penting dlm hidup aku, kebetulan melibatkan angka '11'. Yer, kebetulan sahaja ok.

ok Jom kita go through month by month..

11 JANUARI 2011 ( 11.1.11 ) 

NOVEL INTERLOK

Memulakan Tahun 2011 dengan GPMS, berkaitan isu Interlok.

Pada awal tahun 2011, negara kecoh dengan isu penggunaan Novel Interlok dalam pembelajaran Sastera Melayu. Isunya kerana terdapat perkataan yang digunakan dalam novel itu dikatakan menghina, dan berunsurkan perkauman. ‘Paria’ sangat sensetif dengan kaum berketurunan India dan segelintir golongan itu telah membakar novel tersebut sebagai tanda protes.

Presiden GPMS En. Jais Abdul Karim merasakan tindakan membakar novel tersebut sebagai menghina sasterawan negara yang menulis novel tersebut. Oleh itu, pada 10 Januari 2011, En Jais Abdul Karim diiringi dengan beberapa ahli GPMS telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Aku di baris hadapan paling kiri
Esoknya, laporan polis tu disiarkan di akhbar Sinar Harian bertarikh 11hb Januari 2011 (11.1.11).


3 FEBRUARI 2011

Tak lama lepas tu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merancang untuk memendekkan tempoh pengajian Diploma di IPTA. Aku sangat menyokong idea tersebut sebab manfaat daripada tindakan tu yang sangat banyak dan pelbagai pihak dapat merasa manfaatnya.
Ilhamejan menulis artikal di akhbar

Sejak tahun 2009, aku mula menulis artikal tentang isu-isu semasa yang aku rasa perlu untuk aku luahkan. Dan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan nickname Che Det, aku juga menggunakan nickname ilhamejan dalam setiap penulisanku.

Varsiti bil 56 sisipan Berita Harian bertarikh 3 Februari 2011 tersiar artikal hasil tulisan aku tentang sokongan terhadap cadangan tersebut.


11 FEB 2011 (11.2.11)

Mesyuarat GPMS Kebangsaan di Sentul, dengan kehadiran En. Halim Kader (sekarang bergelar Datuk) daripada Singapura. Membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Antara latarbelakang En. Halim adalah, beliau memegang jawatan Presiden Sepaktakraw Asia merangkap Setiausaha Sepaktakraw Dunia (ISTAF).

Hari itu telah membuka akses kepada aku dgn aktiviti berkaitan Sepaktakraw. (akan diceritakan JULAI)


12 & 13 MAC 2011

Berada di SHAH ALAM selama 2 hari, menghadiri kursus kahwin di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

FYI, aku memang sengaja pilih Shah Alam untuk kursus kahwin ni. Nak tunjukkan sangat yang aku ni orang Selangor, kursuspun mesti kat Selangor. Nak kukuhkan lagi? Selangor bukan di PJ, bukan di Klang, Gombakpun bukan, tp di Shah Alam, iaitu ibu negeri kepada Selangor.

MOTIF kursus kahwin di Ibu Negeri Selangor: Bakal isteri aku (skrg dah jadi isteri pun) kan org Sabah, so aku nak simbolikkan sangat penyatuan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Borneo yg membentuk Negara Malaysia (disambut sebagai Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun). So konon2nya Kursus kawen di ibu negeri Selangor tu menunjukkan dengan jelas bahawa aku adalah rakyat jati negeri Selangor yang berada di dalam Semenanjung Tanah Melayu.

Dan jangan tak tahu, aku kahwinpun pada tarikh 16 September (2011) bersemperna Hari Malaysia, dan tarikh itu jatuh pada hari Jumaat, hari yang mulia untuk menyatukan kami berdua. (akan diceritakan selepas ini)


19 APRIL 2011

Takderlah penting sangat peristiwa ni, tapi aku mengambil kesempatan utk tgk game Liga Super Malaysia antara Selangor dan Sabah. Saja sebenarnya nak tgk muka Anis bila Sabah kena belasah teruk dgn Selangor, haha niat jahat. Tapi game berkesudahan Selangor menang 1-0 jer ke atas Sabah, itupun hasil sepakan percuma.


11 MEI 2011 ( 11.5.11 )

ISLAM LANDASAN HIDUP ACUAN MUSLIM ( ILHAM )

Inilah program yang aku jadi pengarah untuk tahun 2011. Bajet daripada Pusat Zakat Selangor, GPMS Caw Batu WPKL mencetak sejumlah 10,000 poster untuk diedarkan ke lebih 80 buah sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Gombak.

Sek Keb Gombak Utara aku pilih untuk melancarkan poster ni, kehadiran 150 murid daripada Tahun 5 sekolah tersebut diberi ceramah tentang latar belakar keluarga Rasulullah SAW.

SK Gombak Utara
Penyampaian Poster kepada pihak sekolah

Penerangan kepada peserta
Aku adalah bekas murid Sekolah tu, sebab tulah aku pilih sekolah tu untuk program ILHAM ni, ada sedikit niat untuk berjasa pada bekas sekolah setelah 16 tahun meninggalkan sekolah tu.



















23 JUN 2011

Tgk Kelayakan Olimpik Round 2, Malaysia vs Lubnan.

GPMS sponsor tiket untuk tgk game tu. Tapi bkn soal tiket free, tapi psl kita orang GPMS diberikan keizinan oleh Allah utk sama2 ke Bukit Jalil tgk game tu. Yerla org GPMS ni suma bz dgn tugas masing2, sekali-sekala dpt peluang mcm ni, mmg sgt dihargai.

Badminton, Bowling, wayang, adalah xtvt masa lapang GPMS, tapi lately dah susah nak dpt masa utk buat semua tu bersama.


Bukit Jalil
8 - 10 JULAI 2011

KONVENSYEN GURU-GURU MUDA KEBANGSAAN ( KOGUM )

GPMS Kebangsaan menganjurkan satu program yg melibatkan IPG seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. UiTM dipilih menjadi tuan rumah program tersebut.

Program ini mendapat penghormatan daripada pemimpin tertinggi kerajaan apabila Dato' Sri Najib Razak merasmikan program ini manakala Tan Sri Muhyiddin menutup program tersebut.

FYI, Cikgu Md Zain, Pengerusi GPMS Negeri Sembilan adalah pengarah program tersebut.

Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri
Serentak dengan program KOGUM berlangsung, aku terlibat juga dgn 1 lg program di Kem Singa GPMS Janda Baik.

Program yang dibawa masuk oleh Pa'an (member merangkap pengapit masa aku kawen kat Sabah), BSN menghantar kakitangan mereka dari seluruh Malaysia untuk berfamily day di Janda Baik.

Yang ni terus terang aku cakap, klu bkn program BSN tu Pa'an yg punya, aku akan konsentret saja kat KOGUM. Bayangkan dalam tempoh 3 hari tu, aku boleh ulang alik Shah Alam - Gombak - Janda Baik. Penatnya xyhla nak citer, mengantuk kompom tersangatnya. Nak tambah dramatik, dalam tempoh tu, seluruh jalan raya keluar masuk KL ada roadblock. Masih ingat dengan Himpunan BERSIH tu kan? Bayangkan aku terpaksa ulang alik 3 tempat tu dgn ada roadblock 24jam merata.

Bulan JULAI ni juga blh aku katakan bulan EPL sebab Arsenal, Liverpool dan Chelsea bertandang ke Malaysia semperna perlawanan persahabatan. But sadly aku xdpt pergi tgk walau 1 gamepun.

Ingat lagi insiden Penyokong Man Utd kena buka baju sebab datang tgk game Liverpool dgn Jersi Man Utd.


Shaberi Cheek sempat meluangkan masa menonton Sepaktakraw
Bulan JULAI ni sbnrnya paling banyak aku join/beraktiviti. Ingat lagi pada En. Halim Kader? Tahun 2011 adalah tahun pertama ISTAF melaksanakan Worldcup of Sepaktakraw yang diadakan di Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa. So atas connection yang GPMS ada dengan En. Halim Kader, aku, Paan dan Lah dihantar oleh En. Jais untuk menjadi personal assistance kpd En. Halim. Tiada specific task diberikan pada kami, apa sahaja tugas yang perlu dilengkapkan, kami lengkapkan.

Kenapa Titiwangsa? Ingat tak Bulan Julai adalah bulan EPL? So stadium di Bukit Jalil kurang sesuai untuk diadakan perlawanan Sepaktakraw ini.
Pa'an menang cabutan bertuah - dapat MiniBar

Biasanya kita tgk orang berbangsa Melayu dan keturunan Siam jer main Takraw kan? Yang ni bangsa dari seluruh dunia datang ke KL untuk berentap merebut piala Sepaktakraw yang pertama.

Serius aku bangga campur terharu melihat bangsa lain bersungguh-sungguh bermain permainan Melayu ni.


Tengoklah betul2 dalam video tu, aku, Paan dan Lah ada di tengah2 gelanggang :)


16 OGOS 2011

Hari-hari biasa aku browsing internet, checking my email, tiba-tiba aku dapat email drpd seorang wartawan Astro AWANI yang sedang menghasilkan sebuah racangan TV khas mengenai Harimau Malaya bersemperna hari kemerdekaan negara.

Email yang aku terima tu bertarikh 12 Ogos, tapi aku baru baca 15 Ogos kemudian, aku cuak gak klu peluang untuk meluahkan pandangan aku terhadap arena sukan negara kita dah tertutup, tapi aku tetap reply email tu dgn harapan peluang masih ada. Then esoknya, aku dapat reply drpd wartawan itu dan pada hari itu juga, recording dijalankan.


Rakaman di D'Tebing, Dataran Merdeka






11 SEPTEMBER 2011 ( 11.9.11 )

Ikatan Pernikahan
Saat cincin disarungkan ke jari isteriku

Inilah hari yang paling bersejarah dalam hidup aku. Pada 16hb September 2011 ( bersempena Hari Malaysia, hari penyatuan Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu ), pada tarikh tu jugalah aku bernikah dengan gadis yang berasal dari Sabah.

Paan, pengapitku :)
Tarikh 16hb September tu memang sengaja aku pilih sebagai simbolik bersatunya Orang Semenanjung dan Orang Borneo dalam satu ikatan perkahwinan.

So apa yang 11hb tu..?

Aku beli cincin pernikahan kami pada 11hb September 2011. Nak tengok resit ker..?


8, 15 OKTOBER 2011


Bertarikh 8 Oktober 2011, satu mesyuarat GPMS peringkat Kebangsaan telah diadakan di ibu pejabat GPMS Sentul. Aku hadir dalam mesyuarat tu atas kapasiti Pegawai Khas Presiden ( PKP ). Antara keputusan mesyuarat yang telah dicapai ialah, Pengerusi GPMS Negeri Selangor ketika itu, Sdr. Mohd Faizal bin Mohd Salleh diganti dengan Sdr. Ismadee Asmara bin Dato' Ishak berkuat kuasa serta merta. Aku tak sangka sikitpun yang keputusan tu bakal merubah hidup aku juga.


Bertarikh 15 Oktober 2011, malam baru bermula, aku dalam perjalanan ke Restoran Nana. Kedai makan mamak ni member aku punya, kira abang pada aku la. Shahrizal Man Harun atau lebih dikenali dengan panggilan Charlie. Malam tu ada game penting, Liverpool vs. Man City (yang berkesudahan seri 1-1). So atas jemputan Abg Charlie melalui Mamu, aku invite Kerabat Banglo untuk datang ke Restoran Nana untuk menonton game EPL mlm tu. Itulah sebenarnya kali pertama kami semua berkumpul di Nana. EPL tu adalah reason untuk kami berkumpul pada malam tu.


Charlie +Mamu  |  Kerabat +aku  |  Jais +Halim Kader 


Dalam perjalanan ke Nana, aku dapat call daripada En. Jais Abdul Karim. Intro dia simple jer, 'Tahniah, hang dilantik sebagai S/u baru GPMS Selangor..'


Aku tak terkejut la pulak dapat call macam tu..?


Kebetulan En. Jais pun ada di The Curve dengan En. Halim Kader (igt lagi dgn S/u Sepaktakraw Dunia?). So aku ajakla diorang datang Nana untuk tengok match LivCity and terus sembang panjang lagi pasal perlantikan tu. Kerabat pun tak tau En. Jais akan datang ke Nana.


Habis 1st half bola, Jais announce depan semua tentang perlantikan aku sebagai S/u baru GPMS Negeri Selangor.


NOTE: Hasil daripada pertemuan malam tu, kerabat telah terlibat dengan aktiviti Big Belly Brothers & Fairies.


Kali pertama semua berkumpul di Nana Damansara
Memang aku nak sangat bergerak dengan Selangor especially Gombak, sebab aku asal Gombak. Sejak atuk, ayah and aku, kami membesar di Gombak. Aku nak berbakti di tempat kelahiran aku sendiri. Tapi walaupun dah 10 tahun aku join GPMS, gerakan aku adalah dengan WPKL dan peringkat pusat, tapi bukan di Selangor. Excited nak terima, tapi orang GPMS Selangor boleh terima tak?


Pengerusi negeri ada kuasa untuk melantik S/u negeri. Sejujurnya, aku and En. Ismadee tak mengenali satu sama lainpun. Seperti yang aku cakap sebelum ni, aku kurang kenal dengan orang Selangor. Jadi aku beranggapan perlantikan aku ini adalah kerana kepercayaan. Makanya kepercayaan yang diberikan, aku terima dengan hati terbuka dan penuh tanggungjawab.


Kali pertama ajak Kerabat ke Nana




Tugas pertama sebagai ahli GPMS Selangor, mewujudkan fb GPMS Gombak.
Sempat juga YB Abdul Rahman Palil memberi komen




27 NOVEMBER 2011


Haha, taklah penting sangat, sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya, lebih-lebih lagi baru membawa pulang pingat emas Sukan SEA Indonesia, aku dan adik-beradik menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil menonton perlawanan Olimpik menentang Bahrin.


Huh, memanglah seluruh rakyat Malaysia kecewa dengan kekalahan yang aku anggap mengejutkan setelah kita lead 2-0, Bahrin hanya perlukan kurang 7 minit untuk memperoleh 3 gol.


Tapi aku terharu dengan rakyat Malaysia, walaupun kalah, penyokong kita seakan-akan memahami, tidak mengutuk team kita setelah kalah.


ok nak cerita gak, aku diinterview oleh TV3 setelah tamat game tersebut, haha..





11 DISEMBER 2011 ( 11.12.11 )

Majlis Penutup 16 September, Hari Malaysia

Inilah penutup paling bermakna untuk melabuhkan tirai 2011. Selepas 3 bulan melafaskan akad nikah di Papar, Sabah, berlangsung juga Majlis Kenduri bagi pihak lelaki di Gombak Selangor.

Ini juga kebetulan dalam kebetulan.

Aku dah book tarikh 11 Disember 2011 untuk majlis kami di Gombak seawal bulan Ogos lagi. Sebabnya kad jemputan kahwin kami, kami cetak serentak untuk kedua-dua belah Majlis. Jadi keputusan tentang tarikh tersebut perlu diputuskan awal. Aku rasa ramai pasangan pengantin lain juga pilih tarikh tu sebab esoknya (Isnin) cuti.

Kebetulan GPMS Kebangsaan pula decide nak adakan Persidangan Agung Tahunan pada tarikh yang sama aku melangsungkan Majlis di Gombak. Dipilih pula UIAM Gombak sebagai destinasi persidangan sedangkan keputusan asal tempat PAT 2011 sepatutnya berlangsung di Penang.

Dalam mesyuarat pengurusan PAT, aku join mesyuarat tu untuk tengok apa-apa yang boleh aku bantu, walaupun aku tahu, aku takkan dapat hadir pada PAT nanti sebab PAT dan Majlis Kenduri aku adalah pada hari yang sama. Then Zambri (S/u Agung GPMS Keb) yang menjadi pengarah untuk PAT 2011 keluar dengan idea supaya aku hadir pada hari terakhir persidangan lengkap berbaju pengantin.

Ok, seriously aku langsung tak terfikir untuk datang pada hari tu, sebabnya Majlis di rumah aku pun sedang berlangsung, sedang menanti aku dan Anis, pasangan pengantin yang ingin diraikan. Tapi takdir telah tertulis, aku dan Anis hadir juga di persidangan tu, dan kami diraikan oleh seluruh kepimpinan Tertinggi GPMS serta para perwakilan, dan kami diberi penghormatan untuk memotong kek di atas pentas yang diiringi oleh Presiden GPMS Jais Abdul Karim serta AMT yang lain. Aku sangat-sangat gembira waktu tu. Seluruh keluarga GPMS meraikan hari kebesaran kami dan mereka datang juga ke rumah aku untuk Majlis Kenduri pihak lelaki.
Melangkah masuk ke dewan Persidangan

Potong kek bersama Presiden dan AMT yang lain
Tetap hadir ke Majlis Lelaki
IIc tetap di hati.. :)

Sebagai ahli keluarga GPMS, aku rasa, akulah yang paling beruntung.... :)

Bonus: Utusan Malaysia yang membuat liputan untuk PAT GPMS ke-57 ni, turut mencatat nama aku dan anis dalam laporan mereka.


Dengan itu, lengkaplah sudah 12 bulan dalam tahun 2011 :)

4.12.11

Penghuni kaki lima

Sejak remaja lagi aku dah minat bepersatuan, minat kerja2 sukarelawan. Minat xtvt lasak, berasaskan pendidikan, kalau baca blk blog aku yg awal, aku dah cerita penglibatan aku dgn xtvt seumpamanya sejak sekolah lg. Cuma 1 benda jer yg mmg aku nak sgt buat, tapi baru2 ni jer dpt peluang. Iaitu bagi makan kat orang yang tiada tempat tinggal, tidur di kaki lima, kurang kemampuan dan sepertinya.

Peluang tu aku dapat bila join BIG BELLY BROTHERS & FAIRIES. Gerakan Big Belly ni mulanya bergerak di bawah persatuan GAGASAN PENDIDIKAN MELAYU MALAYSIA (GAGASAN). Dan sekarang Big Belly dalam usaha untuk menubuhkan persatuan mereka sendiri.
Macam mana aku blh terlibat dgn Big Belly?

Sebenarnya Gagasan ni digerakkan oleh ahli-ahli GPMS itu sendiri. Maybe semua dah maklum yang aku memang dah join GPMS sejak mula jadi student kat IIC (2002). Gagasan ni pula merangkumi ahli-ahli GPMS yg dah melebihi usia 40 yg mana GPMS skrg tertakluk di bawah peraturan ROY. Kata lain, ahli2/pemimpin2 GPMS yg sudah melebihi usia tersebut, tapi masih kuat dalam diri mereka untuk berbakti pada bangsa, Gagasan adalah kesinambungannya (if i can assume like so lah..)

Terfikir di mana pulak aku slps umur 40 nanti, akan ke gagasan juga? Atau ke persatuan lain? atau blm umo 40 lg aku mmg dah resign dgn xtvt sukarelawan ni..? Aku xrasa aku akan berhenti mcm tu jer, apabila jiwa dah terCANDU dgn xtvt kesukarelawan terutama GPMS, perjuangan akan tetep beterusan selagi hayat masih dimiliki, InsyaAllah...

Berbalik pada Big Belly..


Memberi makanan/bantuan pada Gelandangan / Homeless..

Pergerakan Big Belly

Big Belly mainly ditaja oleh Sdr. Shahrizal Man Harun atau lebih dikenali dgn nama Charlie. (http://www.facebook.com/beachhands). Abg Charlie ni sbnrnya org penting dalam GAGASAN & GPMS. Abg Charlie ada run kedai makan di Damansara, so memang nasi percuma tu datang drpd kedai dia lah.

Xtvt yang kita panggil 'food handout' ni ramai followers. So pada followers yang berkelapangan, mereka akan berkumpul di kedai makan abg Charlie utk tolong bungkus makanan, ada juga followers yang terus tunggu di KL (atau lps spesific di Bangunan Cahaya Suria, berdepan dgn Puduraya). Dan biasanya, followers ni akan topup handout yg sedia ada tu dgn barang makanan yang lain. Contohnya ada yg sposor air miniral, ada yg sposor roti, ada yang sposor buah, ikut kehendak masing2 yg nak sponsor tu.

Big Belly akan buat handout 3 kali dalam seminggu. Selasa, Khamis dan Sabtu. Tempat handout mainly di Cahaya Suria, tp klu nasi masih berlebih, kita akan pusing kawasan sekitar spt di Bangkok Bank (Central Market), Masjid India, Chow Kit dll..

Persepsi Tentang Homeless

Aku selalu fikir yang homeless ni tiada kerja, so jgn kata tempat tinggal, makan pun kadang2 miss. Tapi bila aku dah join Big Belly ni, persepsi tu mula berubah.

Sahabat-sahabatku sekalian, sbnrnya homeless ni xsemestinya xbekerja, mereka mmg ada kerja, cuma nasib belum menyebelahi mereka. Siang diorang bekerja, tp malam diorg terpaksa tdo di mana saja yang diorg blh tdo. Dan diorg ni pon educated sbnrnya,xsemestinya hidup berpeleseran di tepi jalan, xder pelajaran. Tp mcm aku katalah, nasib diorg yg xberapa nak baik.



Ada yang dijanjikan kerja tp bila sampai KL, diorg tertipu, yang dihalau keluarga pon ada, background family diorg pon not bad sbnrnya, macam average family in Malaysia, tapi telah ditakdirkan mereka diuji dengan nasib sedemikian.

Warga Asing

Tak kurang jugak warga asing yang menumpang tdo ruang kaki lima tu. Sebagai manusia yang prihatin dgn kesusahan yg mereka hadapi, handout ni takkan mengira warga negara, agama atau apa bangsa pun, niat kita ikhlas utk meringankan beban mereka, dan seharusnya bantuan yang dihulur perlu sampai pada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Kaki Lepak

Jangan tak tau, kebetulan masa kita buat handout tu, bukan homeless yang datang ambik makanan, yang kebetulan melepak kat situ pun ikut sama beratur, yerlah makanan free, sapa xnk, n kita pon xkn xnk bg, Allah dah berjanji, pahala sedekah tu tetap Allah terima xkira pada siapa kita bersedekah, itu jer yg kita mesti pegang.

Banyak lagi cerita diorg disebalik tabir yang kita xtau. Utk post seterusnya, aku akan cerita lbh detail pasal diorg ni, but for now, 1jer aku mintak, jgnlah fikir yang homeless ni semuanya xberkerja, yg hanya tau minta sedekah, n x berpelajaran.

Utk kita, yg kadang2 kita rasa selalu ditimpa kesusahan, mcm tuhan dah abaikan kita, sbnrnya terlalu byk perkara yg klu kita nmpk, xmampu utk kita ucap kata syukur...





Facebook Big Belly Brothers & Fairies
http://www.facebook.com/bigbellybrothers

28.11.11

KL Festival City


Selepas Wangsa Walk Mall dibuka xlama dulu, skrg muncul pula KL Festival Mall di Danau Kota, Setapak.

Org Gombak dah byk pilihan utk channel-kan tujuan diorg. Tak lama dlu, nak apa2pon mesti luar dr Gombak, skrg, jln kaki jer dah smpi, mmg bestlah..

Tak lama jer lagi, Starpark pula beroperasi. Berhadapan dgn KL Festival, Starpark ni aku anggap mcm Pavilion versi Gombak. Ruang antara bangunan ditutupi dgn bumbung, mmg sebijik dgn Pavilion KL tu.

Hmm..

Td g sana, x dan nak snap pic, so layanlah dlu pic ambik dr internet ni..





Starpark Point



Starpark Point

15.8.11

Kemeriahan Berganda

Bulan OGOS dan SEPTEMBER ni adalah bulan kemeriahan berganda bg aku.

Ramadhan dan Raya xyah citerlah, tiap² tahun pon mendatangkan keceriaan dlm hidup sesiapapon. Then bulan kemerdekaan dtg serentak dgn sambutan Aidilfiti, so ok, dua benda nak diselebretkan...

Tapi Aidilfitri tahun ni cukup berbeza dan bermakna bg aku, 16 September yg juga tarikh Sabah dan Serawak bergabung dgn Semenanjung Tanah Melayu membentuk Malaysia, menjadi simbolik kpd Aku (Gombak,Selangor) akan disatukan dgn Anis (Papar, Sabah) sebagai Suami dan Isteri membentuk sebuah bahtera baru utk dikemudi.

Semoga segalanya akan berjalan dgn sempurna..





9.3.11

Final weeks of the Barclay's Premier League 2010/11

Until the 28 weeks of the Barclay's Premier League, this (as in the poster)
is how the TOP 6 team located in the league. The schedule only focuses on the TOP 6 so that we can 'calculate' (as to speak) much more easier on how they will move around the table.

Match of the Match
1. Liverpool vs Man Utd : 6 March 13:30 (Liv 3 - Man Utd 1)
2. Chelsea vs Man City : 20 March 16:00
3. Liverpool vs Man City : 11 April 20:00
4. Man City vs Tottenham : 17 April 13:30
5. Arsenal vs Liverpool : 17 April 16:00
6. Chelsea vs Tottenham : 30 April 17:30
7. Arsenal vs Man Utd : 1 May 14:05
8. Man Utd vs Chelsea : 7 May 15:00
9. Liverpool vs Tottenham : 15 May 15:00

ILHAMEJAN

ILHAMEJAN
Aku Tahu Kau Tahu