15.7.09

dejavu with who?

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Setiap org mesti ada sentimental value dgn lagu2 n filem2 yang pernah dia dgr or tonton kn. Aku? Teramatlah byk. Citer psl music yg aku minat dlu la k.

Bagi aku, suma jenis lagu aku blh layan jer, tp mesti ada yg paling feveret kan. Klu citer psl lagu RoCk 80-an tu mmgla.. aku rasa bkn aku jer, xkiralah sape jer, tua, belia, laki even pompuan pon layan.

Cuma ada satu golongan pembawa satu aliran music, yg aku giler sgt smpi skrg. Golongan artis ni xramai, dlm satu kelompo kecik jer, tp fenomena yg dia bwk ke dlm industry music Malaysia ni.. huhu, tersgtlah dahsyat.. agak2 sapalah mereka ni yer..?


Irama Type

4u2c, NiCo, KRU, Ku2, A-Z, Feminin, dan seangkatan dgnnya lah.. ha itulah mereka.. masa group2 ni tgh top, aku kecik lg, tp sempat gak la merasa aura time diorg masih d atas. Aku rindu nak tgk artis Malaysia kita zaman skrg ni setanding mcm artis dulu2, bl buat konsert, tiket sold out, sampai ada kes masa konsert 4u2c, pentas roboh sbb peminat serbu naik atas pentas. Skrg ni, hmm sedeyh jer nak cerita, tambah pulak band2 dr indon tu dtg.. nak nyanyi 3 lagu jer, Ungu mintak bayaran RM100ribu, sampai camtu..? artis holliwood kot? Tp aku akui, lagu2 indon tu mmg lyn, kebetulan pulak mmg kebanyakan lagu2 Ungu mmg aku minat, vitamin utk jiwa yg kekosongan tu..

Xperlah, berbalik pd cerita artis kita zaman dulu tu. Klu Micheal Jackson ada gaya dia sendiri, 4u2c pon bwk style diorg sendiri, Cd gantung kat tengkok tu satu hal, seluar petak2, tarian diorg (Simple tp itulah 4u2c). n paling aku suka, lagu n video klip Fiona. Pernah dgr lagu Fiona kan? Intro dia, cukup menceritakan suasana remaja yg bergelar pelajar.. tp syg sgt diorg x bertahan lama, tp bangga gakla KRU blh survive smpi skrg dgn bisnes juta2 lg..

Selain RoCk, Jiwang karat mcm Spoon, Screen, Scoin, Spin, aku layan gak. Aku pernah citer kat mmber yg aku minat lgu2 camtu, diorg kata karatnyerlah aku ni, mcm dah xder lagu lain jer nak layan, tp bl aku mainkan jer lagu tu, huh, diorg punyalah layan, siap fealing2, dgn muka2 sekali berkerut2 melayan perasaan, hmm, nak jer aku sepak2 muka sorg2..

Tu baru karat, blm kata dangdut lg. eh aku layan dangdut gak tau, especially time amelina dulu la, dangdut lps amalina tu dah mula ngarut2, then masuk inol, uuuhh, di kocok2.. ahhh… (hehe)

N xlupa irama nasyid, Raihan, Brothers, Hijjaz, Saujana, Miwarna, Now-see-heart.. huhu In-Team n UNIC, masa bercinta zaman kolej dulu, lagu2 ni la yg menjadi makanan halwa telinga ku. Teringat kenangan masa… hmm..


Kenangan

Selain minat secara general, setiap korg mesti ada lagu kenangan kan. Aku pon camtu la, contohnya klu dgr lagu 'Keranamu Malaysia' (contohla kan..), aku mesti teringat masa aktif dgn GPMS dulu, hari belia (15/mei) mesti aku ada d tgh2 stadium, nyanyi ramai2 dgn member2, seronok jer. Skrg dah xder masa utk suma tu.

Xkesahla kenangan psl apa pon, zaman kanak2 ker, sekolah ker, kolej ker, bercinta ker, setiap event mesti ada lagu yg mengiringinya. Kan kan..?


Pengaruh dlm membentuk masa dpn hidupmu

Tentang Filem, ada byk filem yg aku lyn, tp kebanyakan dr member aku xberapa knl filem2 yg aku layan. Bkn diorg x nak lyn, Cuma klu asalnya mmg dah x knl, camner diorg nak layan btl x..?

Antaranya, filem U.S, Back To The Future. Aku yakin, yg tgh baca blog aku ni, korg pon x biasa dgr filem ni kan..

Xper2, tu filem luar, kita citer psl filem dlm Negara lak.

Pernah korg tonton or knl filem ni, Gemerlapan? Ha nilah antara filem yg btl2 merencana corak perlaksanaan hidupku, dulu dan skrg.

Gemerlapan ialah filem psl student IPT, sambil teruskan pelajaran, sambil bercinta, tu yg bagus tu, bkn bagus ber-couple ni, Cuma sekurg2nya, masa dpn kita dah hampir cerah bl kita teruskan pelajaran, tu yg penting.

Tgk diorg bergaduh psl cinta, g camping ikut persatuan kolej, nyanyi ramai2 dlm hutan (bercamping) sambil main gitar, huhu, bg aku, sapa yg berkemampuan utk teruskan pelajaran tp xmau sbb nak kerja, tersgtlah rugi seumur hidup dia. Kita muda hny sekali jer, kerjaya blh tunggu, sementara muda, dptkan diploma tu dulu, n while doing that, have fun with it, enjoy ur self with student’s life.. igt k, aku ckp sapa yg berkemampuan, dah klu x mampu tu, tu lain cerita, tp klu boleh, teruskanlah study, masa dpn korg, bangsa korg, bkn kerajaan yg blh ubah, korg sendiri kena ubah.

Terus trg aku ckp, psl citer ni lah, aku psg citer2 nak cont study kat UiTM sbb filem tu shoot kat UiTM S.alam, mana xnya, directornya A. Razak, lecturer UiTM. N skrg I am part of UiTM’s family…

further more, aku join GPMS, yg selalu ajak org teruskan pelajaran, klu aku sendiri terumbang ambing, apalah sgt kelayakan aku nk suruh org buat benda yg aku sendiri x buat kan...?



Kepadamu Ku Curahkan,
Kepadamu Ku Buktikan,
Segala Yang Ku Janjikan,
Dari Dulu, Dan Selamanya,

Biar Musim Pun Berganti,
Namun Aku Kan Kembali,
Kepadamu Di Sisi,
Bersama Lagi, Hanya Kau Ku Sayangi,

Biar.. Hari Berganti Dan Pergi,
Kerana.. Ku Tahu Kau Kasihku..

Kali Ini Ku Kembali,
Dalam Alunan Mesra Sinar Pagi,
Ku Genggam Erat Tanganmu Ku Bawa Bersama,
Ke Alam Realiti Dan Fantasi..



Ada masa, tgklah filem tu, Lan A-Z mmg kayu berlakon, tp lynkan jerla, xrugi korg tgk..


Media dan Peranannya..

Sedikit kesempatan aku nk sampaikan pada producer filem tanah air kita ni, (xkira diorg baca ke x blog aku ni), bl buat filem tu, igt2la sket kesannya terhadap masyarakat, jgn nak carik untung jer, contohnya bl filem Remp-It di tayangkan, makin menjadi2 rempit kat luar sana, ntah apa yg rempit ni nak buktikan pon aku x tau la. mungkin penulis jln cerita hny nak trgkan apa yg sbnrnya berlaku dlm masyarakat kita, tp sygnya, sepatutnya mendidik, dah jd sebaliknya..

apa pun, filem 'Syurga Cinta' mmg menyedarkan. ini yg dikatakan, mahu menerangkan apa yg berlaku dlm masyarakat DAN ia juga mendidik, yg boleh mendorong penontong ke arah kebaikan...

2 ulasan:

fati berkata...

nice blog, bro! :D

Fateh Singh (Digital Marketer) berkata...

Hello everyone i am completely new to this forum.
Interested in learning many new things. Hope we all will share our
knowledge and talk about different concepts in this forum.

Thanks for post. It’s really imformative stuff.
I really like to read.Hope to learn a lot and have a nice experience here! my best regards guys!

fateh singh
=============
seo jaipur--seo jaipur

ILHAMEJAN

ILHAMEJAN
Aku Tahu Kau Tahu