4.12.11

Penghuni kaki lima

Sejak remaja lagi aku dah minat bepersatuan, minat kerja2 sukarelawan. Minat xtvt lasak, berasaskan pendidikan, kalau baca blk blog aku yg awal, aku dah cerita penglibatan aku dgn xtvt seumpamanya sejak sekolah lg. Cuma 1 benda jer yg mmg aku nak sgt buat, tapi baru2 ni jer dpt peluang. Iaitu bagi makan kat orang yang tiada tempat tinggal, tidur di kaki lima, kurang kemampuan dan sepertinya.

Peluang tu aku dapat bila join BIG BELLY BROTHERS & FAIRIES. Gerakan Big Belly ni mulanya bergerak di bawah persatuan GAGASAN PENDIDIKAN MELAYU MALAYSIA (GAGASAN). Dan sekarang Big Belly dalam usaha untuk menubuhkan persatuan mereka sendiri.
Macam mana aku blh terlibat dgn Big Belly?

Sebenarnya Gagasan ni digerakkan oleh ahli-ahli GPMS itu sendiri. Maybe semua dah maklum yang aku memang dah join GPMS sejak mula jadi student kat IIC (2002). Gagasan ni pula merangkumi ahli-ahli GPMS yg dah melebihi usia 40 yg mana GPMS skrg tertakluk di bawah peraturan ROY. Kata lain, ahli2/pemimpin2 GPMS yg sudah melebihi usia tersebut, tapi masih kuat dalam diri mereka untuk berbakti pada bangsa, Gagasan adalah kesinambungannya (if i can assume like so lah..)

Terfikir di mana pulak aku slps umur 40 nanti, akan ke gagasan juga? Atau ke persatuan lain? atau blm umo 40 lg aku mmg dah resign dgn xtvt sukarelawan ni..? Aku xrasa aku akan berhenti mcm tu jer, apabila jiwa dah terCANDU dgn xtvt kesukarelawan terutama GPMS, perjuangan akan tetep beterusan selagi hayat masih dimiliki, InsyaAllah...

Berbalik pada Big Belly..


Memberi makanan/bantuan pada Gelandangan / Homeless..

Pergerakan Big Belly

Big Belly mainly ditaja oleh Sdr. Shahrizal Man Harun atau lebih dikenali dgn nama Charlie. (http://www.facebook.com/beachhands). Abg Charlie ni sbnrnya org penting dalam GAGASAN & GPMS. Abg Charlie ada run kedai makan di Damansara, so memang nasi percuma tu datang drpd kedai dia lah.

Xtvt yang kita panggil 'food handout' ni ramai followers. So pada followers yang berkelapangan, mereka akan berkumpul di kedai makan abg Charlie utk tolong bungkus makanan, ada juga followers yang terus tunggu di KL (atau lps spesific di Bangunan Cahaya Suria, berdepan dgn Puduraya). Dan biasanya, followers ni akan topup handout yg sedia ada tu dgn barang makanan yang lain. Contohnya ada yg sposor air miniral, ada yg sposor roti, ada yang sposor buah, ikut kehendak masing2 yg nak sponsor tu.

Big Belly akan buat handout 3 kali dalam seminggu. Selasa, Khamis dan Sabtu. Tempat handout mainly di Cahaya Suria, tp klu nasi masih berlebih, kita akan pusing kawasan sekitar spt di Bangkok Bank (Central Market), Masjid India, Chow Kit dll..

Persepsi Tentang Homeless

Aku selalu fikir yang homeless ni tiada kerja, so jgn kata tempat tinggal, makan pun kadang2 miss. Tapi bila aku dah join Big Belly ni, persepsi tu mula berubah.

Sahabat-sahabatku sekalian, sbnrnya homeless ni xsemestinya xbekerja, mereka mmg ada kerja, cuma nasib belum menyebelahi mereka. Siang diorang bekerja, tp malam diorg terpaksa tdo di mana saja yang diorg blh tdo. Dan diorg ni pon educated sbnrnya,xsemestinya hidup berpeleseran di tepi jalan, xder pelajaran. Tp mcm aku katalah, nasib diorg yg xberapa nak baik.



Ada yang dijanjikan kerja tp bila sampai KL, diorg tertipu, yang dihalau keluarga pon ada, background family diorg pon not bad sbnrnya, macam average family in Malaysia, tapi telah ditakdirkan mereka diuji dengan nasib sedemikian.

Warga Asing

Tak kurang jugak warga asing yang menumpang tdo ruang kaki lima tu. Sebagai manusia yang prihatin dgn kesusahan yg mereka hadapi, handout ni takkan mengira warga negara, agama atau apa bangsa pun, niat kita ikhlas utk meringankan beban mereka, dan seharusnya bantuan yang dihulur perlu sampai pada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Kaki Lepak

Jangan tak tau, kebetulan masa kita buat handout tu, bukan homeless yang datang ambik makanan, yang kebetulan melepak kat situ pun ikut sama beratur, yerlah makanan free, sapa xnk, n kita pon xkn xnk bg, Allah dah berjanji, pahala sedekah tu tetap Allah terima xkira pada siapa kita bersedekah, itu jer yg kita mesti pegang.

Banyak lagi cerita diorg disebalik tabir yang kita xtau. Utk post seterusnya, aku akan cerita lbh detail pasal diorg ni, but for now, 1jer aku mintak, jgnlah fikir yang homeless ni semuanya xberkerja, yg hanya tau minta sedekah, n x berpelajaran.

Utk kita, yg kadang2 kita rasa selalu ditimpa kesusahan, mcm tuhan dah abaikan kita, sbnrnya terlalu byk perkara yg klu kita nmpk, xmampu utk kita ucap kata syukur...





Facebook Big Belly Brothers & Fairies
http://www.facebook.com/bigbellybrothers

Tiada ulasan:

ILHAMEJAN

ILHAMEJAN
Aku Tahu Kau Tahu