Sejarah sepanjang 26 tahun aku menyambut aidilfitri, ini adalah yang pertama, kami sekeluarga beraya bukan di rumah atau di kampung, tapi beraya di Rawang, tmpt kami mengusahakan ternakan kambing.
Dua Minggu Sebelumnya
Menguruskan ladang tu di bantu oleh seorg pekerja, selain daripada adik lelaki aku yang memang stay kat sana n ayah aku berulang dr rumah ke sana utk pantau keadaan.
Selain ternakan kambing, ayam kampungpun ada gak bela, tp x ramaila, dlm 200 ekor jer. Yang lain tanaman serai, n buah2an especially rambutan. Sekali rambutan tu masak, masaklah ko nak mengabihkannya, sket ari lg leh la dtg ke kebun kami, fiesta rambutan all u can eat, free of charge.. (appointment kena buat dolu k)
Dua minggu lepas puasa, pekerja aku ni wat hal lak, xmo kejer, xkesahla apa reason pon dia bg, tp pasni klu dia dtg nak kejer balik, cium tapak kaki aku pon aku xkan bg lg, aku ni susah sgt nak anti org, tp klu sekali dah anti, even dpn org tu pon aku leh buat selamber tp dlm hati, Tuhan jer tau.. Pekerja tu, time org perlulah dia xder, time puasa perit sungguh nak buat kerja, nak angkat rumput bg mkn kambing, ayam nak d kerjakan, kebun nak d kemas, so setelah ketiadaan pekerja ni, terpaksalah ayah n mak aku stay sana sekali dgn adik aku utk uruskan kebun tu. Aku mcm biasalah, kedai kena jln gak, tiap2 pagi kena g pasar, siang aku dah ngantok, so aku g kebun bila perlu.
Kekaguman level tertinggi
Sejak dah xder pekerja ni, ayah aku pon stay kat kebun. Kambing ni i teLL u, serius byk kejer, makan dia cukuplah sensetif, kena jaga btl2, bl mlm, bakarkan kayu n tempurong kelapa bwh kandang supaya kambing tu x sejuk. Baru2ni, aku jd doktor haiwan jap. Bg semua kambing2 tu minum vitamin n suntik antibiotik n tindik telinga dgn nombor. X sia2 aku g kursus MARA tahun lepas. Xyah ramai2, aku dgn adik aku berdua jer leh buat kerja tu, tp berjam gak la nak abiskan 60ekor kambing tu.
So bila ayah aku dah stay sana, mak aku pon ikut sama, bukan apa, makan minum ayah aku sapa nak jaga klu bukan mak aku sendiri kan. Kat sini aku serius kagum dgn mak aku. Kesetiaan mak aku kat suami mmg xder sapa blh tanding. Ayah aku masuk sungai, dia masuk sungai, ayah aku cari buloh nak wat lemang raya dia pon ikut cari, ayah aku stay dlm hutan yg xder paper tu pon dia ikut. Dari hidup kami susah, sampailah (Alhamdulillah) senang dr dolu, xpernah jemu berkhidmat utk ayah aku. Kalaulah aku boleh dapat isteri yg ikut jer hala tuju aku, x kesah prospek kerja aku camner, then bkn takat x kesah, terlibat sama gak dgn memajukan kerjaan aku, kan best.. tp yerlah, aku ni dah la xkacak, harta pon xder.. hmm.. ader jodoh, aderlah kan, yg penting dia phm, aku hidup utk kesenangan ayah aku, bkn nak menyusahkan hidup ayah aku lg, until when when..
Jauh sedikit d belakang
Aku nak selit sket al-kesah family aku. Ayah aku, datang dr family yg besar, adik beradik ada 16, dia yg 2nd slps kakak. Ayah aku sekolah x tinggi, rasanya smpi standard 5 jer. So utk sara idop, mcm2lah kerja yg dia buat. Masa muda, pernah jd driver bas, driver lori pon pernah. Kerja buruh buat rumah, kerja kampong lglah x terkira byknya. Pernah berniaga kat pasar malam. Klu tgk keadaan kami skrg, org mungkin x caya dulu kami sgt susah. Aku sendiri pon x caya hidup kami blh berubah mcm skrg. Bknlah sng sgt tp alhamdulillah, cukup berbeza dr dulu.
Dalam menyara hidup kami, ayah aku boleh kumpul harta yg org ada degree pon xmampu nk buat. Dia Bina sendiri 8 buah rumah, 7 disewakan, 1 kami stay skrg. Ada 2 kedai, 1 disewakan, 1 lg kedai yg aku uruskan skrg. Skrg, ada pulak biss ternakan kambing. Tp disebabkan ini yg pertama buat secara kommersial, mmg struggle sgt. Tu yg smpi kena stay sana, raya pon xleh tinggal kebun tu. Pengorbanan d hari raya. Sapa kata sng nak jd sng?
Dlm bz cari rezeki, kami adik beradik Alhamdulillah, suma smpi ke universiti, Cuma aku la sangkut sket, belajar kat Kolej jer (Kolej Islam Antarabangsa). Ramai yg x tau, aku pernah sambung degree kat UiTM sbg fulltime student tp 1sem jer, disebabkan kerja aku skrg, aku konvert jd Parttime student (ePJJ) still at UiTM S.Alam.
Current time
Berbalik pada topik asal, tulah sbbnya kami suma beraya kat kebun. Xpernah dibuat org. Kedai tutup sementara raya ni, so akupon xperlulah g pasar for atleast 2ari, sejak dah g pasar ni, x terfikir langsung dlm idop aku yg aku x pyh g pasar pagi2, pagi raya pon aku leh terjaga dgn sendirinya kul 4am sbb dah terbiasa time tu aku terjaga nak g pasar..
Sementara kedai tutup, aku citer kat ayah aku, dia n mak baliklah umah, biar aku ngan adek aku jer yg jg kebun. Sbg anak, aku xkan sanggup nk tgk mak ayah aku beraya dlm utan tu, tp ayah aku xnak. Sbg anak, aku xsanggop tgk ayah aku susah, tp dia sbg ayah, dia xnak anak dia susah sbb dia. Aku dah janji dgn Allah dan diri sendiri, even aku susah seumur hidup akupon, klu ia dsebabkan ayah aku, aku xkan kesah, aku xkan merungut, biar aku susah kerana ayah, bkn ayah susah kerana aku..
1 ulasan:
salam..
en.ejan,moga hidupmu akan diberkati...dipermudahkan semua urusan dan berbahagia selalu...
ganjaran anak soleh...
=)
Catat Ulasan